Seniman kecam Shah Rukh Khan dikurnia Datuk

HULU KELANG: Pengerusi Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah agar ia dihormati.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar dihormati.

"Semalam dia tak datang upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Musthapa mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW)pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Ahmad Idham menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini. Kita selalu meuar-uarkan filem kita wajah kita, kalau nak kata bawa filem ke luar negara...filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara," katanya.


baru sekarang nak sedar???? bagus la.....boleh kembali ke pangkal jalan....dalam malaysia ni macam-macam boleh jadi....jamgan terkejut...

1 comment

alrid said...

Alah..apa nak bising...yg bagi tu bukan Raja2 Melayu yang darjatnya Tinggi, tapi yg bagi anugerah ni Yg dipertua dari kalangan rakyat biasa dan juga dia tu bekas ahli politik...biasalah ! cuma terharu dgn sikap bodoh dia je.
kalau setakat dia bagi takda maknanya pun.
Percayaan lah satu hari nanti generasi yg bijak pandai akan menilainya.
tapi sapa yg dapat anugerah dari yg pertua sekarang tidak membawa maksud apa2 pun.
anugerah semua dah berbayar..bukan rakyat nampak pun janji Maaaaasuk..boto tak khalil?

Powered by Blogger.