cerita pemuda UMNO TUMPAT dan UBAT BATUK

Apabila Kalah Lebih Baik Daripada Menang

Saya minta maaf kerana lama tidak mengemas-kini blog ini. Sebenarnya sejak Ramadan, amat sibuk dengan pelbagai program di Tumpat. Mungkin ada yang sudah maklum mengenai penglibatan saya dalam pertandingan Ketua Pemuda Tumpat. Mesyuarat dan pemilihan sudahpun selesai Jumaat lalu. Keputusannya saya tewas kepada calon yang ditaja Ketua Bahagian dengan majoriti 85 undi (Saya dapat 173, beliau dapt 258).

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Tuhan telah memakbulkan doa saya di Makkah baru2 ini. Saya hanya berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada saya dengan menyerahkan segala-galanya kepadaNya. Dalam doa saya sentiasa menyebut: “Sekiranya kemenangan itu baik untukku untuk meneruskan agenda memartabatkan agamaMu melalui UMNO, maka menangkanlah. Sekiranya kekalahan itu lebih baik untuk menyelamatkanku daripada budaya rasuah, fitnah dan adu-domba yang menggilai pendokong dan pimpinan UMNO khususnya di Tumpat ketika ini, maka aku serahkan segala-galanya kepada-Mu Ya Allah”.

Memang sejak menawarkan diri utk bertanding Ketua Pemuda Tumpat yang kosong disebabkan faktor umur penyandangnya terdahulu, nawaitu saya amat jelas. Bagi saya agenda dakwah harus bermula dengan membina dan memperkasa generasi pemuda UMNO khususnya di Tumpat dengan idealisme Islam sebenar. Sebab itulah sepanjang pertandingan, tidak sesekali saya berkompromi dengan budaya rasuah politik yang bagi saya prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’ tidak ada dalam kamus perjuangan Islam.

Alhamdulillah saya dikelilingi oleh jentera dan rakan-rakan pemuda Tumpat yang juga semakin memahami prinsip dan idealisme ini. Mereka bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam untuk memenangkan saya. Mereka difahamkan bahawa wang bukan segala-galanya. Jika mereka mahu bersama saya mereka harus hormat dengan prinsip saya. Jangan sesekali membeli undi kerana bagi saya kalau menang sekalipun ia tidak akan membawa keberkatan. Agendanya ialah PERUBAHAN.

Sepanjang 7 bulan selepas pilihanraya, saya pulang setiap minggu ke Tumpat mengadakan program-program ilmu dan ceramah agama kepada cawangan2 samaada melalui madarasah mahupun program yang diatur oleh pelbagai agensi. Saya amat berkeyakinan mesej dakwah yang cuba saya terapkan semakin diterima ramai. Saya juga sempat berjumpa dan berziarah semua perwakilan samada di rumah2 dan kedai2 kopi. Mesej saya untuk lakukan perubahan dalam UMNO.

Tapi apakan daya hari ini budaya dalam UMNO begitu mengakar bahawa duit adalah segala-galanya. Perhitungan pemilihan bukan sangat kepada karisma dan wibawa pemimpin tetapi bergantung kepada berapa banyak duit yang ditaburnya. Saya kalah kepada lawan yang ditaja bahagian kerana mudah dicucuk hidungnya lantaran tidak berpelajaran dan kerjanya diragui. Mulanya saya agak ragui dari mana wang yang dibelanjakannya. Namun ramai yang maklumkan bahawa lawan saya bukannya beliau tapi pimpinan bahagian yang takut dengan bayang-bayang sendiri seolah2 jika saya menang akan mengganggu-gugat kedudukan mereka satu hari nanti. Akhirnya mereka sanggup melakukan apa sahaja memastikan kekalahan saya.

Sejak daripada musim pencalonan sehinggalah kepada pemilihan, ramai perwakilan yang mendakwa menerima sogokan daripada RM50 hinggalah RM100 seorang. Jumlah perwakilan semuanya 438 orang mewakili 146 cawangan. Cuba bayangkan berapa yang dihabiskan untuk membeli undi mereka ini. Malah ada yang menerima sogokan beberapa kali dan bukannya sekali. Ada satu cawangan yang memberitahu saya menerima RM600 untuk diberi kepada perwakilannya. Dua malam terakhir adalam malam kemuncak sogokan diberikan.

Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Ramai mungkin tertanya-tanya kenapa saya tidak melaporkan kepada BPR jika benar saya mengetahui hal ini. Untuk saya melaporkan mungkin agak sukar kerana saya hanya menerima laporan daripada pihak ketiga dan bukan saya sendiri yang terima. Lagipun kalau saya yang melaporkan pastinya mereka akan menanggapi bahawa saya ada kepentingan kerana turut bertanding.

Namun semasa musim pencalonan, ada sekurang-kurangnya empat laporan dihantar kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO dan BPR oleh penerima sogokan. Pada waktu itu setiap orang menerima RM50 dan seutus gelang magnetik bagi tujuan mencalonkan lawan saya dan memastikan saya gagal mendapat pencalonan. Siasatan telahpun dijalankan sepanjang Ramadan lalu dan katanya sekarang ini diperingkat terakhir. Cuma ironinya, saya dituduh sebagai pengkhianat kerana kononnya saya yang melapor. Sedangkan yang merasuah dianggap orang teraniaya (teringat Hadis Ar-Ruwaibidhoh-rujuk artikel saya dalam Mingguan Malaysia 5 Oktober).

Perjuangan Terap Diteruskan

Walaupun tewas jawatan Ketua Pemuda Tumpat, semangat saya tidak pernah luntur. Saya masih meyakini bahawa UMNO sebagai parti teras orang Melayu perlu diselamatkan demi Islam, bangsa dan negara. Mungkin buat masa ini saya perlu berundur selangkah untuk mengatur perencanaan masa depan. Namun perjuangan tetap akan diteruskan. Sekali melangkah tidak sesekali berundur.

Saya ambil kesempatan di sini memaparkan email seorang sahabat yang saya anggap bagaikan daripada darah daging sendiri. Beliau sejak dari awal pembabitan saya dalam kancah politik tidak berhenti memberikan kata2 semangat, nasihat dan peransang.

Salam Asyraf,

Nampaknya semakin jelas perjuangan membela umat dan nasib bangsa jauh
lebih sukar drp apa yang dijangka dan dibayangkan. Alhamdulillah, it
could have been worse, tetapi sekrg2nya at most pun kau hanya kalah
undi saja tapi menang dalam beberapa perkara:
(1) menang dari segi moral apabila tidak tunduk kpd kehendak tgn2
rakus yg mahu menarik kau ke jurang rasuah dan politik adu domba;
(2) menang dari segi ilmu dan pengalaman - seharusnya sbg org beriman
kita tidak patut dipatuk oleh ular yg sama dari lubang yg sama,
justeru insya Allah kau akan lebih bersedia menghadapi manusia2 bobrok
akhlak yg ramai di dlm UMNO;
(3) menang dari segi menghadapi ujian Allah dgn tidak menggadai
prinsip atas tuntutan merebut kuasa - lantas menolak politik matlamat
menghalalkan cara yg pernah (dan masih?) diamalkan oleh AI.

Sbg sahabat aku berkongsi kedukaan dan kekecewaan kau; apatah lagi
mengenangkan nasib generasi depan dan anak-cucu kita jika barah rasuah
yg busuk itu terus berleluasa di kalangan sekelompok anak bangsa kita
yang berada di anjung kuasa. Namun yakinlah, sbgmana Allah Maha
Mengetahui setiap sesuatu perkara di dunia ini sehingga setiap helai
daun yg gugur, begitu jugalah Allah Maha Mengetahui segala usaha baik
yg kau lakukan, insya Allah.

Kalau boleh sedikit sebyk melegakan kau, ingatlah bahawa Mukhriz
Mahathir pun dulu tewas pemilihan Ketua Bahagian Kubang Pasu padahal
ayahnya bekas PM dan bekas ketua bahagian. Dah la dia sendiri
businessman jutawan. Skrg ni he seems to be on track to achieve
greater things … inilah semangat pejuang yg setiap kita sepatutnya
ada dan tidak mudah putus asa. Aku tahu kau dah mencuba sehabis daya,
dan mungkin terasa letih … jgn risau, you are still young and time
is on your side. Probably buat masa ni kau boleh berehat sekejap dari
politik sambil menumpu perhatian pada agenda lain; sambil tu boleh
juga menyusun semula strategi baru utk menang dalm persaingan yg akan
datang.

Whatever it is, I am proud of you and I will continue to support you
as a friend. All the best!


http://www.asyrafwajdi.com/blog/?p=48

No comments

Powered by Blogger.