berita panas dari baling~malaysiakini


Siapa tak kenal Pengerusi Biro Putera, Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Abdul Azeez Abd Rahim.
Biro Putera atau Putera UMNO? Ya, nama penuhnya ialah Biro Putera. Alaa... macam kita jugalah. Nama Mek Khatijah, tapi orang panggil Cathy. Sebut Biro Putera mana ada gah. Nak sedap, sebut Putera UMNO. Nampaklah macam Puteri UMNO, dan Wanita UMNO. Aha, duduk sebarislah nampaknya.

Ada yang bertanya, adakah Putera UMNO itu macam Puteri UMNO? Jawapan saya ialah perbezaannya macam langit dan bumi. Puteri UMNO ialah sayap parti, setaraf dengan Pemuda dan Wanita. Kedudukan Ketua Puteri UMNO adalah setaraf dengan Naib Presiden parti, sama seperti Ketua Pemuda dan Ketua Wanita.

Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO tidak lebih dari satu biro. Macam Biro Pertanian dan Biro Agama. Kalau Pemuda UMNO tubuhkan Biro Ayam Itik, begitulah taraf Biro Putera UMNO. Biro Putera UMNO tidak ada aktiviti di banyak negeri, apatah lagi pada peringkat bahagian. Saya tidak tahu mana-mana bahagian di mana Biro Putera cukup aktif. Entah ada, entah tidak. Nama gah, habuk pun tarak!

Projek Mat Rempitnya yang hangat-hangat tahi ayam, kini sudah sunyi sepi. Sekiranya isu Mat Rempit sudah berjaya diselesaikan dan tidak ada lagi remaja Melayu yang merempit, marilah kita sama-sama tepuk tangan kepada Azeez. Horay! Horay! Hup! Hup! Horay!

Azeez berada di sisi Saudara Khairy Jamaluddin sewaktu Khairy membuat pengumuman di Rembau baru-baru ini untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Nah, dia merupakan salah seorang penyokong Khairy untuk Ketua Pemuda. Bagaimanapun, satu perkara yang menarik ialah sewaktu Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Baling hari ini, Azeez tidak langsung mencalonkan Khairy. Apakah di Pemuda bahagian yang diketuai oleh Azeez tidak ada seorang pun yang menghargai ketokohan dan kepimpinan Khairy dan boleh mencalonkan beliau?

Anda orang yang bijak, jadi buatlah analisis sendiri mengapakah Azeez yang merupakan salah seorang Ketua Pemuda Bahagian yang hadir sidang akhbar di Rembau bagi menyokong Khairy telah tidak mencalonkan Khairy sebagai calon Ketua Pemuda selepas Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO!

Anda buatlah keputusan adakah manusia sebegini layak mengisi impian politiknya untuk menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Adakah manusia ini merupakan aset atau liabiliti kepada UMNO?

http://nobisha.blogspot.com/

1 comment

abdrahim kassim said...

Tampangnya bukan tampang Melayu.

Tampangnya adalah tampang *****

Orang macam ini biasanya kalau berjanji kita kita "janji ******

Jadi biasalah tu.....

Powered by Blogger.