Menyingkap kelambu UMNO.~malaysiakini

UMNO semakin goyah dan celaru. Itulah sinopsis perbualan yang paling hangat diperbincangkan di arena politik nasional sekarang. Walaupun ada pihak yang menganggap UMNO sebuah parti 'keramat' namun keramatnya itu tidak dapat menyelamatkanya yang semakin menempek ke lubang kubur yang digali sendiri mereka.

Yang terbaru Dato' Seri Abdullah Badawi selaku Presiden UMNO menempelak bekas presiden dan bekas ahli UMNO Tun Mahathir yang dirasakannya cuba campur-tangan dalam urusan parti UMNO.



“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pemilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu…orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya.Memang pada dasarnya Abdullah layak memberikan peringatan yang sebegitu kepada Tun kerana Tun sekarang bukan lagi ahli UMNO dan Abdullah sendiri telah sekian lama cuba memperbaiki kepincangan dalam UMNO yang dilihat rosak bermula zaman Tun lagi.

Mengapa Tun langsung tidak memberi peluang kepada Abdullah untuk memimpin UMNO melepasi zaman gelap dengan caranya sendiri.Padahal Tun sendiri memerlukan 22 tahun untuk menguatkan UMNO malah ‘perjuangannya itu tidak selesai-selesai…!Ramai penganalisis politik berpendapat langkah Tun Mahathir sekarang yang mendesak pengunduran Abdullah kerana tidak sabar-sabar untuk kembali berperanan dalam UMNO dan pemerintahan Negara.Biarpun bukan sebagai PM lagi tapi Tun bertindak seolah-olah beliaulah penasihat nombor satu pemerintahan negara!

Sebagai seorang ahli politik yang veteran sepatutnya Tun bersabar dan memberi ruang kepada Abdullah untuk memulihkan UMNO dan bukannya mengkritik malah cuba memberi imej yang buruk kepada pimpinan Abdullah.Jika bekas Perdana Menteri yang mengatakan hilang keyakinan kepada PM yang dilantiknya sendiri apa pula kesannya kepada ahli UMNO dan rakyat bawahan?Sebab itulah tidak pelik apa yang berlaku sekarang apabila ‘kununnya’ ada suara dari akar umbi yang mahukan perubahan tapi orang di ataslah yang sibuk merebut jawatan!

Percaturan politik dan perebutan dalam UMNO bukan hanya diikuti oleh ahli UMNO semata-mata tapi pihak pembangkang juga mengikutinya malah dalam sesetengah hal orang luar UMNO lebih tahu berbanding ahli UMNO sendiri.Pembangkang mahu negara diuruskan dengan amanah, cermat dan selesa.Maka sewajarnya Dato’ Seri Abdullah tidak ‘dikacau’ menjelang menjelang hari-hari terakhir persaraanya agar segala reform yang dipakejkan di awal dahulu dapat dilaksanakan.

Malah seandainya Dato' Abdullah memerlukan lebih banyak masa untuk memulihkan UMNO dan ekonomi negara maka sewajarnya 'persaraannya' dikaji semula

No comments

Powered by Blogger.