dah kata benda ni betul~malaysiakini


KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa proses perolehan helikopter Eurocopter EC725 dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Ketua Setiausahanya, Datuk Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan memilih model berkenaan dibuat berdasarkan tawaran lengkap oleh Eurocopter dan setelah mendapat markah keseluruhan tertinggi yang meliputi penilaian teknikal serta ofset harga yang munasabah.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sememangnya mempunyai data lengkap dan pengetahuan mengenai helikopter yang berada di pasaran pada masa kini.

“Oleh itu, penilaian fizikal berhubung ciri-ciri pengendalian helikopter tidak perlu dilaksanakan di kawasan kemudahan (fasilitas) yang ditetapkan penender dalam masa tarikh tutup tender (12 Februari 2008) sehingga dibawa kepada pertimbangan Mesyuarat Lembaga Tender A (pada 22 Julai 2008).

“Ini adalah bagi menjamin ketelusan proses dan integriti Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada enam pegawai tidak dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan itu, Abu Bakar turut menggariskan secara terperinci proses pembelian model helikopter itu untuk menggantikan helikopter Nuri.

Menurutnya, ia bermula apabila mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 bersetuju agar Nuri ditukar berikutan rungutan beberapa Ahli Parlimen dan masyarakat umum.

Helikopter jenis itu sering terlibat dalam nahas udara yang mengorbankan anggota-anggota tentera.


kan dah kata....mana ada najib buat salah...najib budak baik...bersih...tak da najis apa-apa pun.

yang tu sebab dia desak pak lah turun cepat-cepat..rosmah dah jagi gila sawan kat rumah nak naik jadi bini PM.

dengar la...najib budak baik..

No comments

Powered by Blogger.