kenapa BN yang ulas...adakah BN terasa?~malaysiakini
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua dari kiri) dan Datin Rosmah bersama Tan Sri Mohd Ramli Kushairi (kiri), di Jamuan Eisenhower Fellowship di Menara Kuala Lumpur, semalam. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Saranan jadi teras keharmonian
KUALA LUMPUR: Peringatan Majlis Raja-Raja supaya semua pihak tidak mempertikai atau mempersoalkan kontrak sosial yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, perlu dihayati sepenuhnya dan dipandang serius kerana ia adalah teras kepada keharmonian serta kejayaan negara selama ini.
Kalangan pemimpin yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat sependapat rakyat perlu akur bahawa peringatan Majlis Raja-Raja itu mencerminkan tahap keharmonian antara kaum di negara ini yang harus kembali ditingkatkan supaya tidak mengancam keselamatan pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata suasana harmoni yang sudah dibentuk antara kaum sejak lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan menjadi asas kukuh kepada pembentukan bangsa Malaysia selama ini.
Katanya, keunikan rakyat berbilang kaum yang hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama atau etnik di negara ini adalah teras kepada kekuatan masyarakat sehingga Malaysia dijadikan contoh kepada dunia luar.
"Kita adalah Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban dan Kadazan. Kita adalah Islam, Kristian atau Hindu yang dapat bertoleransi serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Ia adalah asas kepada pembentukan kebebasan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Persatuan Felo Eisenhower Malaysia (EFAM) di Menara Kuala Lumpur di sini semalam. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden EFAM, Tan Sri Mohd Ramli Kushairi.
Kelmarin, Majlis Raja-Raja mengingatkan semua pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.
Dalam kenyataan khas yang dikeluarkan menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah diharapkan dengan penegasan ini, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata semua pihak perlu memandang serius kenyataan Majlis Raja-Raja yang mahu rakyat bertanggungjawab dan tidak mempersoalkan asas kenegaraan serta kemakmuran yang dinikmati selama ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenyataan itu membuktikan tahap keseriusan suasana yang berlaku hari ini kerana ia boleh menjurus kepada sesuatu yang mampu mengancam kedudukan negara jika tidak ditangani.
Justeru, katanya, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan berkaitan institusi Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak harus dipersoalkan pada masa depan.
"Kita perlu sedar kedudukan dan hak istimewa yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak pernah dipertikaikan oleh rakyat negara ini, tetapi sering digunakan segelintir pemimpin demi kepentingan mereka," katanya.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, berkata kontrak sosial yang dipersetujui lebih 50 tahun lalu itu sebenarnya masih amat relevan bagi memastikan kestabilan politik rakyat berbilang kaum di negara ini.
Justeru, beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, semua pihak harus memastikan kontrak sosial itu terus berfungsi untuk mengukuhkan lagi perpaduan rakyat, manakala generasi muda memahami sejarah secara menyeluruh supaya mereka faham tujuan sebenarnya.
Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata peringatan Majlis Raja-Raja itu perlu dipatuhi, khususnya oleh pihak yang sering cuba menimbulkan persoalan mengenai kontrak sosial dengan motif memenuhi kepentingan sendiri dengan memecah belahkan perpaduan.
Katanya, golongan berkenaan sengaja mengambil kesempatan daripada keterbukaan kerajaan dengan membangkitkan mengenai kontrak sosial yang dikatakan hanya menguntungkan kaum tertentu saja sementara hak kaum lain dinafikan.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata semua pihak mesti menerima dan mematuhi kenyataan Majlis Raja-Raja yang berfungsi sebagai pelindung kepada rakyat di negara ini.
hahaha.....rasanya depa dah terasa apa yang depa buat...sekarang gelabah nak komes pasal ni apa kes? PR xpernah dok main isi perkauman ni...puak-puak umno la yang kepala perkauman
No comments
Post a Comment