woi tamby....jangan dok perasan alim~malaysiakini
Penulis Malaysian Insider dibidas
KUALA LUMPUR 17 Okt. - UMNO Bahagian Lumut, Perak membidas penulis portal berita The Malaysian Insider, Wan Hamidi Hamid yang membuat dakwaan liar bahawa kontrak sosial dan politik perkauman merupakan senjata ampuh parti UMNO untuk menolak sebarang kritikan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan.
Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, parti berkenaan tidak pernah 'membakar' api perkauman atas nama kontrak sosial, sebaliknya hanya bertindak mewakili kaum Melayu dan bumiputera apabila berasa terdapat ancaman yang berterusan terhadap kontrak tersebut.
"Kita harus bertanya pihak manakah yang sering mengkritik kontrak sosial serta siapakah yang secara berani mempersoalkan perkara asas seperti Islam dan kedudukan orang Melayu?
"Adalah amat tidak bertanggungjawab apabila beliau (Wan Hamidi) menuduh UMNO dan pemimpinnya bertopengkan perkauman," kata Zambry dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tulisan Wan Hamidi di dalam portal berita The Malaysian Insider bertajuk Kontrak Sosial Senjata Ampuh UMNO yang diterbitkan hari ini.
Dalam artikel tersebut, Wan Hamidi mendakwa muslihat UMNO adalah memanipulasi kontrak sosial agar ketegangan kaum sentiasa berada di tahap yang tinggi.
woi...hang menang dulu pun main tipu...balik rumah..dok kat pangkor diam-diam...orang kat sana dah tahu hang banyak temberang...
No comments
Post a Comment