HINANYA MANUSIA YANG PERANGAI BINATANG
POLIS memeriksa mayat bayi perempuan yang ditemui di gerai Kampung Sungai Budor, Kota Bharu, pagi semalam.
Isi plastik hitam diseret ternakan kejutkan penduduk
KOTA BHARU: Bungkusan plastik hitam yang diseretkan sekumpulan kambing dekat Sungai Budor di sini, awal pagi semalam mengejutkan orang ramai apabila didapati berisi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.
Kejadian berlaku di Kampung Sungai Budor kira-kira jam 7 pagi ketika Sharifah Nor Asma Syed Hamid, 23, yang dalam perjalanan ke tempat kerja terserempak sekumpulan kambing berebut bungkusan plastik hitam di lantai warung. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, gadis terbabit memaklumkan kepada bapanya, Syed Hamid Syed Hussin, 59, yang kemudian membuka plastik itu dan terkejut apabila mendapati mayat bayi di dalamnya.
"Anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat dan mendapati mayat bayi perempuan itu masih bertali pusat dan mempunyai uri bersamanya.
"Kita percaya bayi terbabit dilahirkan kira-kira 12 jam lalu sebelum diletakkan dalam plastik di tempat kejadian. Kita sedang mengenal pasti punca kematian bayi berkenaan," katanya di sini, semalam. Idris berkata, mayat bayi itu yang cukup sifat dan dikenal pasti keturunan Melayu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat bagi membantu siasatan.
"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membabitkan perbuatan menyembunyikan kelahiran bayi.
"Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan. Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil membantu siasatan bagi menahan pihak yang bertanggungjawab," katanya.
No comments
Post a Comment