kerajaan..adakah tiada jalan penyelesaian cara terbaik?
Benteng manusia bantah operasi merobohkan rumah kosong di Kg. Baru Plentong Tengah
JOHOR BAHRU 16 Okt. - Suasana di Kampung Baru Plentong Tengah di sini kecoh pagi ini, apabila lebih 200 penduduk termasuk kanak-kanak menghalang pihak pemaju merobohkan rumah kosong di kawasan berkenaan menggunakan beberapa buah jentolak.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, para penduduk membuat benteng manusia dan bertolak-tolak dengan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal keadaan bagi memastikan proses meroboh beberapa rumah kosong berjalan lancar.
Akibat keadaan tegang dan tindakan mereka yang enggan berunding dengan anggota polis tersebut, ada antaranya yang terjatuh mengalami kecederaan termasuk imam surau kampung itu, Meon Abdullah yang pengsan.
Tinjuan Utusan Malaysia mendapati, lebih 20 orang turut ditahan dalam kejadian itu.
No comments
Post a Comment