minyak sepatutnya turun 30sen...
SINGAPURA 16 Okt. - Harga minyak mentah jatuh lagi hari ini ekoran krisis kredit global dan kebimbangan terhadap permintaan tenaga yang akan berkurang dengan harga pasaran kini jatuh lebih 50 peratus sejak mencatatkan rekod tertinggi Julai lalu.
Kontrak hadapan New York, minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran November jatuh AS$1.34 (RM4.69) kepada AS$73.20 (RM256.2) setong.
Ia telah jatuh AS$4.09 (RM14.31) pada penutup dagangan semalam di New York Mercantile Exchange.
Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran November kurang AS$1.30 (RM4.55) kepada AS$69.50 (RM243.25) setong. - AFP
No comments
Post a Comment