Mac 2009: Saat Kehancuran UMNO dan BN

" Bulan Mac, 2008 yang lalu bolehlah dikatakan malang telah menimpa UMNO dan BN di mana mereka tewas teruk dalam PRU Ke-12 dan mereka kehilangan 5 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan...

Seterusnya, dalam Bulan Mac, 2009 akan datang ini adalah dipercayai bahawa mereka akan terus ditimpa malang lagi, iaitu sewaktu musim pemilihan UMNO dan amatlah malang sekali mereka masih tidak dapat menghidu malang tersebut sungguhpun ia sudahpun mulai berbau mulai sekarang!!!

"...Kerana terlalu asyik mengejar pangkat dan habuan duniawi, sesungguhnya MATA MEREKA TELAH BUTA dan TELINGA MEREKA TELAH TULI serta HIDUNG MEREKA TELAH LALI DENGAN BAU-BAU BUSUK... Ada mata tapi tidak dapat melihat, ada telinga tapi dapat mendengar dan ada hidung tapi tidak menghidu" - demikianlah teruknya UMNO dulu, kini dan selamanya.

Setelah setengah tahun mengalami kekalahan teruk dalam PRU Ke-12 baru-baru ini, UMNO dan BN langsung tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya. Mereka hanya menyalahkan RAKYAT kononnya tidak mengenang budi dan tidak bersyukur! Orang-orang Melayu, Cina, India serta bangsa-bangsa lain telah cukup matang berpolitik dan mereka dah kenal politik sepak terajang UMNO dan BN. Rakyat pelbagai kaum telahpun menghukum mereka sebenarnya...

Tapi, amat malang sekali, UMNO dengan cara UMNO, MCA dengan cara dia dan MIC dengan caranya tersendiri. Gerakan dengan pergerakannya... Parti-perti komponen BN yang lain, lain pulak pendekatan politiknya. Mereka tetap mengamalkan amalan seperti dahulu... Kini dan mungkin selamanya begitulah agaknya!

Mac, 2009 yang mendatang adalah merupakan SAAT KEHANCURAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL!!! Mereka tidak akan dapat lari dari kehancuran dan kemusnahan...Percayalah bahawa HAYAT mereka akan berakhir dan kini mereka hanya bergantung kepada talian hayat sahaja...

Lihatlah betapa "gila" nya perebutan jawatan dalam UMNO sekarang. Senario politiking dalaman mereka cukup dahsyat! Begitu juga MCA dan Gerakan... Bahkan pimpinan mereka sendiri akui perebutan jawatan dalam parti tahun ini PALING HEBAT dan belum pernah berlaku dalam sejarah pemilihan parti mereka. Nah!!! Mereka sedar, bukannya tidak sedar,tapi dek kerana terlalu ASYIK, mereka tidak menghiraukan kesannya. Mereka hanya berlindung di sebalik kata keramat - DEMOKRASI - untuk menghalalkan cara...

Mengambil Pemilihan UMNO sebagai contoh, benarlah kata-kata Dr Ling Leong Sik (bekas Presiden MCA) satu ketika dahulu, "Busuknya ikan itu bermula dari KEPALA", perebutan jawatan PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN dan NAIB PRESIDEN selain daripada KETUA PEMUDA dan KETUA PUTERI UMNO memang tidak boleh dibendung lagi...

Ikan yang dah buruk kepala (di Kepala Batas) memang wajar disiang segera dan diproses untuk sebagai ikan masin atau pekasam saja... Mereka akan korbankan (buang) kepala ikan bagi mengelakkan ia merebak kebusukannya ke serata badan. Tapi, malangnya, ikan yang sudah busuk di kepala itu, sebenarnya bukanlah ikan yang baru ditangkap nelayan, tapi ikan yang dah lama disejukbekukan! (Ikan Frozen)... Ia cuma kelihatan "segar dan wangi" dulu kerana menggunakan bahan pengawet terlarang, lalu mengaburi mata hampir 30 juta rakyat Malaysia!!!

Beberapa ekor lagi ikan yang terdiri daripada spesis dan famili yang sama dikatakan juga akan disiang dan tak kurang pula yang akan dijadikan 'ikan tunggangan' (mungkin ikan paus atau lumba-lumba) atau seperti Kuda Hitam sebagaimana dakwaan Menteri Penerangan baru-baru ini.

Sememangnya amat sukar memperolehi ikan segar dan Gred A dalam bakul UMNO! Jika adapun, mereka awal-awal lagi akan dijual atau dieksport keluar negara dengan harga yang mahal, mungkin dijual di Singapura kerana Singapura mampu membeli dengan harga yang jauh lebih mahal!!!

Demikianlah PARTI MELAYU TERAKHIR mengalami proses kepupusannya bagaikan pupusnya spesis ikan yang amat sukar kita temui sekarang ini...dan menjelang Mac, 2009 kita akan dapat saksikan terpupusnya sebuah parti berasaskan kaum (Melayu) iaitu UMNO yang sering menggunakan slogan Parti Keramat Orang Melayu tetapi tidak langsung mempertahan dan memperjuangkan kepentingan bangsanya sendiri...

Hancurnya UMNO, bermakna hilanglah rakan-rakan kongsinya dalam BN yang tidak mungkin akan lagi terus setia kepadanya. Dan, saat itulah saat kehancuran bagi UMNO dan Barisan Nasional.

Justeru, Marilah kita bina sebuah MAHLIGAI BARU HARAPAN RAKYAT di atas kehancuran UMNO dan Barisan Nasional kelak - Marilah sama-sama kita tegakkan sebuah kerajaan baru - KERAJAAN PAKATAN RAKYAT!
tko

No comments

Powered by Blogger.