mesyuarat lagi?

Dewan Tertinggi BN mesyuarat di PWTC esok

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, esok.

“Mesyuarat itu akan diadakan pada jam 3.30 petang esok,” katanya kepada Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata yang beliau akan mengumumkan hari ini atau esok sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Walaupun beliau tidak membayangkan apakah keputusannya nanti, Abdullah yang juga pengerusi BN, dijangka mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti Mac tahun depan.

No comments

Powered by Blogger.