Prosiding kes liwat Anwar disambung 2.30 petang ini

07/10/2008 12:59pm

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini akan meneruskan pada sebelah petang ini untuk mendengar hujah bantahan pembelaan atas alasan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak sah.

Dalam prosiding kes liwat Datuk Seri AnWar Ibrahim hari ini, hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau ada bidang kuasa untuk mendengar bantahan pihak pembelaan.

Selain itu, beliau membenarkan afidavit yang difailkan oleh Anwar untuk menyokong bantahan tersebut.

Bagaimanapun, Komathy menolak permohonan pihak pendakwa untuk menangguhkan sementara prosiding bagi membolehkan pihaknya memfailkan afidavit Abdul Ghani untuk membuat semakan ke Mahkamah Tinggi.

Prosiding kes ini akan disambung pada pukul 2.30 petang ini.

- Utusan

No comments

Powered by Blogger.