NOTA UCAPAN PERBAHASAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Keadaan tambah meruncing – membahaskan belanjawan yang tidak realistik
Tidak mampu mengangkat ekonomi dan mengangkat ekonomi yang meruncing
Kegawatan sekarang sudah jauh berbeza
Pasaran kredit hampir lumpuh- Freddie Mac, Fannie Mae, Lehman Brothers, Merill Lynch, AIG
Bukan lagi isu berkenaan AS sahaja, tetapi kesan serius melanda negara kita
Singapura secara relatif mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat daripada kitao Pertumbuhan negatif 2 suku berturut-turuto Mengalami kesan kemelesetan
Harga keperluan melambung, pertumbuhan menguncup
Sarawak dan Sabah – harga jauh lebih tinggi daripada yang dialami di siniPakar ekonomi tidak menyanggah: Frederick Hayek – If man is not to do more harm than good in his efforts to improve the social order, he will have to learn that in this, as in all other fields where essential complexity of an organized kind prevails, he cannot acquire the full knowledge which would make mastery of the events possible. He will therefore have to use what knowledge he can achieve, not to shape the results as the craftsman shapes his handiwork, but rather to cultivate a growth by providing the appropriate environment, in the manner in which the gardener does this for his plants.( The Pretence of Knowledge
Tanpa kecuali mengatakan bahawa dalam keadaan sekarang – tidak ada ekonomi yang mungkin akan selamat. Justeru itu harus ada pendekatan yang lebih kreatif, yang dapat membendung serangan yang hebat ini
Joseph Schumpeter, Amerika sekarang berdepan dengan akibat tiupan taufan creative destruction. Lebih sepuluh tahun yang lalu, ketika kita berdepan dengan kegawatan ekonomi, saya juga menyebut bahawa Asia berdepan dengan the perennial gale of creative destruction -suatu perkara yang perlu berlaku dalam sistem ekonomi terbuka. Creative destruction itu menjadi pedih kerana kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi. Apabila ekonomi kita memasuki tahap baru maka kita perlu melaku banyak penyesuaian. Kalau kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi struktural maka creative destruction itu akan menjadi pedih dan menyakitkan.
Oleh itu pengurusan ekonomi negara harus telus lebih bertanggungjawab:
- Pembaharuan reform
- Mengangkut pengurusan yang lebih baik, sistem politik lebih munasabah, persekitaran yang membantu mengangkat pertumbuhan ekonomi.
- Mutu pendidikan, harga barang, kesusahan mereka mendapat peluang dan kemudahan yang baik, perbelanjaan – memberi kesan kepada rakyat jelata.
- Lebih dua ribu tahun yang lalu Brutus yang menentang kediktatoran Julius Caeser bertanya kepada orang-orang Romawi: "Who is here is so base that would be a bondman?" - siapakah yang begitu jelik hingga mahu menjadi abdi?
- Bagaimana membahaskan bajet sedangkan duit tidak cukup?
Harus mengemukakan belanjawan baru
- Yang tekankan di sini : mendesak menteri kewangan menjawab soalan ini dulu
- Semuanya sudah meleset. Tidak mungkin kita membahaskan belanjawan yang fakta dan angka yang sudah tidak relevan.
- Bergantung kepada minyak. 44% pendapatan bergantung kepada minyak
- $125 turun kepada $77dollar setong. Kita mampu membuat perkiraan bahawa pendapatan negara akan merosot
- Sewaktu harga minyak $135 dolar harga petrol tempatan naik 70 sen. Apabila tutun kepada RM2. Tidak pula memberikan kesan penurunan harga barang.
- Untuk menampung ini, daripada kajian penganalisis kewangan – kerajaan terpaksa mengeluarkan bon baru RM60 bilion
- Eropah, Jepun, kita khuatir tidak dapat menampung defisit sebesar itu. Perbelanjaan harus dirombak dengan segera
- CPO (harga minyak sawit mentah)- RM4486. Sekarang, RM1773 Jumaat lepas.
- Malaysia masih bergantung kepada eksport. 26% eksport kepada AS. Selain daripada AS yang mengimport, 13%, 13.2% Singapura. Sudah mengalami kemelesetan.
- Tekanan aliran wang keluar meningkat RM125 bilion. 4 bilion keluar pada Bulan Ogos sahaja.
- Sudah unjuran 4.8% defisit RM34.5 bilion
- Kalau defisit terlalu membengkak – ia akan mengakibatkan hilang keyakinan atas sistem kita
- 2009 – Penurunan defisit kepada 3.6% pada tahun 2009. Ini tidak benar. Tidak mungkin pakar ekonomi dapat menyelesaikannya
- Apakah wajar membahaskan sekarang
- Dalam keadaan, apakah fokus belanjawan
- Lebih fokus kepada projek mega dan belanjawan berbilion ringgit
- Cadangan baru dalam belanjawan
Keprihatinan rakyat
- Kita kesal kerana projek-projek mega yang menelan belanja berbillion ringgit diberikan kepad syarikat-syarikat tertentu tanpa melalui proses tender terbuka. Pada 16 September tahun ini, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed BroadBand) yang bernilai RM11.31bilion diluluskan oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia tanpa proses tender terbuka.
- Akibat tiadanya persaingan negara kita masih jauh tertinggal ke belakang dari sudut penetrasi internet kepada rakyat. Kita jauh tertinggal ke belakang jika dibandingkan dengan Korea Selatan, yang mencatatkan lebih dari 90 peratus isi rumahnya menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi berbanding negara ini hanya 16.6 peratus. Projek mega terbaru kerajaan barisan nasional ini mensasarkan 50 peratus isi rumah di Malaysia akan menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi hanya pada tahun 2010!
- Sudah tentu yang menimbulkan persoalan, selain dari pemberian projek tanpa tender terbuka, ialah kewajaran bagi kerajaan untuk turut sama melabur RM 2.4billion di dalam projek tersebut Pengumuman tersebut dibuat oleh YB Pekan ( Datuk Seri Najib Razak) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Untuk Jalur Lebar, sehari sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru.
Satu lagi pembelian besar – skandal
- 30 September telah membeli BII
- 4.2 times dari nilai yang sebenar
- Kos pembelian
- Tahun 2000, Temasek Holding membeli 3 kali ganda
- Tentu ada udang di sebalik batu
- Sewajarnya lebih rendah – tiada yang menganggap pembelian itu munasabah
- Oktober 2007, Tun Daim Zainudin menjual 11% BII kepada Temasek – nilai BII Oktober 2007 RM4.7 bilion
- Maybank membeli dengan nilai RM8 bilion. Banding dengan jual Affin Bank 20% kepada David Lee, Bank of East Asia dengan book value 2 times dalam keadaan ekonomi kukuh, keadaan kepentingan bumiputera dijual dengan mudah dengan harga yang murah
- Dalam ekonomi meleset, dijual dengan harga yang begitu tinggi. Inilah kepintaran BN
Siapa Nominee HSBB & BII – pendedahan baru yang lebih menyedihkan
- Keputusan menteri kewangan membeli 12 helipkopter baru kepada
- Bedasarkan surat oleh Ketua Bahagian PJ Selatan – Menulis kepada Menteri Kewangan membuat tuduhan yang cukup membimbangkan. Proses penilaian belum selesai, LOI(letter of intent) dikeluarkan. LOI ditandatangani 15 September. Apa yang luar biasa keputusan yang tergesa-gesa menteri kewangan.
- Anehnya, dipanggil oleh pasukan bernilai menenai tawaran tersebut. Tetapi pembuat tidak dihubungi sama sekali. Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukut mengaipkan.
- Sebelum ini pembelian scorpion belum selesai. Kapal salam – kes pembunuhan wanita Mongolia. Ada kaitan dengan pembelian.
- Tidak ada tender terbuka, Menteri Kewangan akan meminta kementerian lain memberi penjelasan. Tetapi itu bukan cara menyelesaikan
No comments
Post a Comment