Rumah terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang meriah

PULAU PINANG, 14 Okt (Hrkh) -Kunjungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman Abas ke rumah terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 11 Oktober lalu dianggap pembuka tirai perubahan politik negara akan datang.


Inilah pertama kali beliau hadir untuk meraikan hari terbuka Anwar walhal saban tahun rumah terbuka seumpama itu dibuat.

Kunjungan beliau itu merupakan detik permulaan perhubungan semula yang selama ini terputus ekoran penahanan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 serta penglibatan Anwar dalam kancah politik pembangkang setelah dibebaskan.

ImageTetapi, setelah perubahan politik di mana Pulau Pinang sendiri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu semuanya berubah bagaikan 'kumtuman bunga mekar kembali'.

Hari ini keadaan jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu di mana ramai kenalan Anwar sendiri takut dicalit warna biru muda seandainya terlihat bercakap atau bertemu dengan bakal Perdana Menteri Malaysia keenam nanti.

Namun semuanya berbeza. Ramai kenalan lama Anwar mula mengenik mata atau menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bertanya khabar seolah hubungan mereka tidak pernah putus selama ini.

ImageSelain TYT hadir sama ke majlis yang diadakan di kediamanya di Ceruk Tok Kun itu ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Dato' Yusuff Latiff, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man dan ramai lagi.

Rumah terbuka Kerajaan Negeri 2008 yang diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth juga tidak kurang meriah dengan kunjungan puluhan ribu orang sejak pukul 11 pagi lagi.

Banyak kuih muih tradisonal, moden termasuk satay dan bihun dihidangkan sebagai santapan rakyat.

ImageKunjungan yang tidak putus-putus mengambarkan rakyat semakin senang dengan kemenangan Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ada berbagai tanggapan kononnya 'DAP perintah habislah orang Islam' .

Gambaran salah itu sengaja digemburkan oleh Umno dan kuncu-kuncunya apabila tidak boleh terima rakyat akar umbi telah menolak mereka dalam pilihan raya umum lalu.

Tetapi atas dasar kesabaran Ketua Menteri dan barisan exconya mereka berjaya menghadapi dengan tenang, berani dan bijak.

ImageBegitu juga dengan rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir bersama Badan Perhubungan PAS Negeri dan Kerajaan Kelantan yang menghadiah beberapa ekor lembu sebagai habuan meraikan kemenangan pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

Kunjungan dua pimpinan utama Pakatan Rakyat iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memeriahkan lagi suasana walaupun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangka datang. Ia diganti oleh Ahli Parlimen Kota Baharu, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah.

Hamdan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri begitu ceria. Terbukti diraut wajahnya kerana rumah terbuka tahun ini begitu bermakna kerana semua jemputan VIPnya hadir dengan semangat baru setelah mengecapi kemenangan berganda Dun N11 Permatang Pasir pada pilihan raya umum dan menambah majoriti pada pilihan raya kecil Permatang Pauh penghujung Ogos lepas. - mks. _

No comments

Powered by Blogger.