perbezaan antara tiga tokoh dalam kepala ku

"

Sebagai pembaca setia TKO, ilmu pengetahuan dan informasi adalah sangat penting. Semangat dan emosi saja tidak cukup. Artikel panjang ini memdedahkan peribadi ketiga-tiga tokoh ini termasuk makanan kegemaran dan biodata terperinci masing-masing.

Kita mulakan dengan Tok Guru.



TOKOH PERTAMAY.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.


Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan). Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.


Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.


Pendidikan
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel. Beliau juga pernah menuntut di: Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936 Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu Universiti Deoband, India – 1952 Universiti Lahore, Pakistan - 1957

Beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.


Kerjaya politik
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan.

Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.[7] Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.

Kesihatan Tok Guru.
Tok Guru tidak memilih makanan. Asalkan halal sudah cukup. Masakan ala kampong adalah makanan harian, seperti orang kampong lain. Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“ Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.”

Sumbangan besar: membawa nilai-nilai keadilan Islam menerusi pemerintahan berpandukan Quran dan Sunnah.

Ahli-ahli PAS cukup berbangga dengan kepimpinan ulama’ yang bersih oleh Tok Guru. Salakan jahat KJ yang memfitnah Tok Guru sebagai perasuah dan ajakan KJ agar rakyat Kelantan menolak ‘KEPIMPINAN PENUH RASUAH OLEH TOK GURU’ menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan yang beramai-ramai menolak UMNO pada pilihanraya baru-baru ini!


TOKOH KEDUA: Anwar Ibrahim.Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang idealis Islam dan Presiden Abim sebelum menjadi 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Sesudah dipukul, dibogelkan, diaibkan dan dipenjara secara fitnah oleh UMNO, beliau tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa kerana kononnya meminta agar polis tidak terlalu melayan tuduhan liwat ke atasnya. Walau bagaimanapun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan dia telah dibebaskan.

Dalam bulan Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan UMNO bahawa beliau telah meliwat seorang penolongnya yang berjumpa dengan Najib 2 hari sebelum membuat laporan polis.

Anwar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang termasuk di dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time dan satu-satunya tokoh yang dilihat mampu diterima oleh semua kaum di Malaysia.


Setelah boleh kembali berpolitik, Anwar telah berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Beliau menang dengan majoriti lebih 15 ribu undi, menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM Hanafi Mamat.

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.

Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Anwar tidak memilih makanan. Asalkan tiada arsenic, itupun sudah memadai.


Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNOAnwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat , dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual.

Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anuwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.
Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford.

Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.


Kini, Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan baru yang bersih rasuah.


Ramai yang membandingkan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Rafidah Aziz, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Trend bertudung di dalam Abim menjadi ikutan rakyat Malaysia sejak 1974.

SUMBANGAN BESAR:

memperjuangkan keadilan untuk semua.

Membudayakan bertudung di kalangan muslimat (menerusi Abim)

Mempelopori perbankan Islam, kewangan Islam, pendidikan Islam(termasuk UIA)

Memperjuangkan hak semua kaum


TOKOH KETIGA : Pak Lah

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru.

Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969.

Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh.

Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.


Islam Hadhari.

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran baru Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam dan menentang pelaksanaan syariah Islam seperti hudud dan qisas .

Selain itu, pentadbirannya cuba menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.
Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir. Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Usahanya gagal apabila rasuah semakin berleluasa khususnya dikalangan keluarganya sendiri.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi.

Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Nama samarannya ialah Tido Lah berikutan kekerapannya tidur.


Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN. Kegagalan membantu umat Islam yang dirogol dan disembelih dimerata tempat di dunia dikaitkan secara langsung dengan sikap Pak Lah yang suka tidur.


Kontroversi
PAk Lah membuat kontroversi apabila meramas-ramas bahu dan tangan Micheal Yeoh sewaktu di Malaysia.

Selain itu, setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [3] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".

Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.
Kritikan Tun MahathirPada 2005, telah dikatakan bahawa di bawah pentadbiran Abdullah, terdapat suatu peningkatan yang nyata dalam kes-kes kronisme mengenai pemberian permit import (AP) untuk kereta buatan luar negara.

Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah menyahut penyiasatan ke dalam isu tersebut. Kemudian, Mahathir mengkritik Abdullah kerana membatalkan banyak projek pembangunan yang dimulakan oleh Mahathir, contohnya pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak yang menghubungi Malaysia dan Singapura.

Mahathir juga mengatakan bahawa Abdullah telah asalnya memberi kelulusan kepada tentera udara Singapura untuk terbang ke kawasan Malaysia dan menjual pasir kepada Singapura sebagai pertukaran bagi perjanjian untuk pembinaan jambatan. Mahathir melihat ini sebagai suatu tindakan yang “menjual” keluhuran Malaysia.


Pada 2006, Mahathir meneruskan kritikannya terhadap Abdullah, menuduh bahawa kebebasan media di bawah Abdullah telahpun berkurangan. Mahathir juga menambah bahawa media enggan menyiarkan komen beliau. Mahathir telah menyalahkan Abdullah kerana memecahkan janji yang dibuat oleh Abdullah berkenaan dasar kerajaan dan dalam kritikannya yang paling kuat setakat ini, mengatakan bahawa Abdullah telah mengkhianati kepercayaannya. Mahathir kesal kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya dan mengatakan bahawa dia pada asalnya inginkan timbalan Abdullah, Najib Tun Razak untuk menggantikannya. Najib yang ketika itu pada suatu lawatan rasmi ke India, segera menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Abdullah.


Pada Oktober 2006, Mahathir menyalahkan Abdullah kerana telah mengamalkan suatu tabiat membohong. Ia bermula ketika Abdullah telah dilaporkan mempunyai masalah dengan membuat keputusan yang efektif. Oleh itu, dia selalu menghadapi masalah apabila keputusannya menimbulkan kontroversi di kalangan orang Malaysia. Satu contohnya adalah keputusannya untuk membatalkan pembinaan jambatan yang sepatutnya menggantikan Tambak Singapura-Johor.

Dalam pengumumannya, dia senantiasa menggunakan perkataan “rakyat”, dengan menganggap bahawa semua rakyat menyokong kesemua keputusannya tanpa ragu. Berikut merupakan ulasan Mahathir Mohamad:-
‘Umno has now become completely paralysed... Bila kawan dengan pembohong, kita jadi terdapatlah tabiat itu. Pak Lah Bohong!... Saya berasa amat sedih. Saya tahu ada rasuah. Ada money politics dalam UMNO.

Ada orang yang membuat cadangan tertentu dan bertanya kepada saya apakah (adakah) sekarang ini saya perlu berhubung dengan Khairy? Siapa dianya Khairy ini? Apakah (Adakah) dia ini pegawai tinggi kerajaan? Apakah (Adakah) dia Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri? Tidak. Dia tidak. Tetapi masing-masing berpendapat mereka perlu berhubung dengan Khairy untuk meluluskan sesuatu. ‘
Tambahan pula, kepimpinan Abdullah diragui kerana dikatakan segala tindak-tanduknya perlu mendapat kelulusan daripada menantunya, Khairy Jamaluddin.

Pengkritik telah membandingkan pemerintahan Abdullah dengan pemerintahan Mahathir, mencadang bahawa Mahathir adalah lebih berjaya dalam mengekalkan keharmonian di kalangan kaum-kaum di Malaysia.


Pada 19 Mei 2008, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan keluar parti dari UMNO di hadapan 1,000 ahli UMNO Kedah di Alor Star serta menyeru ahli-ahli lain untuk mengikut jejak beliau sebagai satu bentuk tekanan agar Abdullah meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan hanya akan menyertai UMNO semula setelah Abdullah meletakkan jawatan. Pengumuman beliau keluar parti meningkatkan kebarangkalian pemulauan parti secara besar-besaran oleh ahli-ahli lain yang setia, yang berupaya memecah-belahkan parti serta menjatuhkan kerajaan.


Pak Lah tiada makanan kegemaran. Kegemarannya tidur.


Kebebasan media Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. [9] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007.

Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.

Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.

Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.


Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.

Sesudah mengenali ketiga-tiga tokoh, tokoh mana pilihan hati???

No comments

Powered by Blogger.