surat untuk dr asri

Ini adalah maklumnbalas saya secara spepontas dalam http://drmaza.com
/home/
berkenaan persaraan Sohibu Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan persaraannya sebagai mufti kerajaan Perlis.



Assalamualaikum dr,

Saya tidak pasti apakah keputusan yang Dr buat adalah tepat, kena pada masanya atau sebaliknya. Barang tentu dr sudah tekad berpandu kepada istikharah dr. Dr adalah seorang mufti yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain. Pandangan berbeza dr ternyata mencetuskan fenomena dan menimbulkan kesedaran kepada banyak pihak. Dr pernah menyinggung kenaikan harga minyak dengan kisah kejatuhan raja Beberes selepas tidak mendengar nasihat Imam Nawawi berhubung dengan tindakan raja memungut wang rakyat untuk kelengkapan perang. Sedang menteri dan pekerja istana hidup dengan kemewahan.

Dr tegas mengkritik Jom Heboh, membantah kehadiran Faizal Tahir ke Perlis, bahkan dr secara jelas menolak kepincanagan Islam hadhari ciptaan Pak Lah.

Begitu juga dengan amalan-amalan masyarakat yang lari daripada sunnah (khilafu sunnah) yang sebenar. Terbaru dr mengecam amalan memasang bacaan Al Quran yang kuat sebelum waktu azan, terutamanya waktu subuh. Jika saudara pembaca menyemak kembali posting saya tentang relay Al Quran di Qaryah Ramadhan. Ia selari dengan pandangan YAB Tok Guru.

Sesungguhnya pandangan dr tidak bias kepada mana-mana pihak, terutama kalangan pemerintah dan ahli politik. Umno boleh panas telinga, PAS boleh membuka mata.

Ketika kami mengusahakan dr untuk datang ke Kota Bharu lewat Wacana Perdana lalu, ada suara-saura sinis yang menegur kenapa dr Asri ??… Impaknya ia mencetuskan suatu senario yang makin menyedarkan banyak pihak siapa dr sebenar. Ya, dr seorang yang berani menyatakan yang hak dan melawan kebatilan. Selepas daripada itu kerajaaan negeri sering pula menjemput dr.

Saya sebagai seorang yang berada di dalam sebuah jemaah Islam tentu sahaja mengharapkan dr dapat turut sama memberi saham dan menjadi aset kepada jemaah walau pun tidak terlibat secara langsung.

Dulu saya berpandangan bahawa seorang yang meletakkan statusnya sebagai pendakwah bebas adalah seorang yang pengecut dan tidak berani menyatakan pendirian sebenar. Persepsi saya ini menjadi lebih kuat dengan kemasukkan ke dalam jemaah PAS beberapa nama besar ke dalam PAS seperti Dato’Dr. Harun Din, Dato Ismail Kamus dan Dato’ Dr Hassan Ali. Mereka asalnya bergerak atas kapasiti pendakwah bebas. Justeru saya menyimpulkan mereka menghayati hadis Nabi bahawa hendaklah kamu bersama jamaah kerana kambing yang bersendirian akan dibaham oleh serigala. Kambing sendirian adalah pendakwah bebas dan serigala adalah Umno dan Barisan Nasional!

Sebenarnya ramai yang masih mengharapkan dr berada pada posisi dan kondisi sebagai mufti yang mempunyai ruang dan peluang untuk menegur semua pihak. Apa pun yang pasti dr lebih arif dan maklum dengan tindakan yang dr ambil. Sebagaimana pejunag-pejuang kebenaran juga mengharapkan dr berada dalam gerakan Islam yang benar-benar memperjuankan kewujudan negara Islam tulen.

Moga perjuangan dr akan lebih bermakna bila berada di luar pejabat mufti Perlis.


http://annasru.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.