Pulau Pinang Anjur Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Sabtu Ini

PULAU PINANG, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Padang Majlis Perbandaran Seberang Perai, Butterworth dekat sini pada hari Sabtu ini, dari pukul 11 pagi sehingga 2 petang.

Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Cheong Yin Fan berkata majlis itu dijangka akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isterinya, Toh Puan Majimor Shariff serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan exco-exco kerajaan negeri.

Beliau berkata sehubungan itu kerajaan negeri menjemput orang ramai terutama penduduk negeri untuk turut sama hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan.

"Semoga kehadiran orang ramai akan mengeratkan lagi ukhwah dan silatulrahim antara kerajaan negeri dan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, Khamis.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.