sekarang UMNO lebih islamik?

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menjelaskan bahawa antara tujuan utama penubuhan 'Tabung Azan' adalah untuk membiayai dan melatih muazzin (bilal) muda untuk melaungkan azan di surau dan masjid.

"Kita nak beritahu mereka (DAP) bahawa kita mampu membentuk dan melatih muazzin muda kerana kita rasa tercabar orang yang mempertikaikan laungan azan," kata Syed Ali ketika dihubungi Malaysiakini.

syed ali al habsheeBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang wakil rakyat DAP yang menyifatkan tindakan Umno bahagian Cheras melancarkan 'Tabung Azan' sebagai satu gimik dan mendakwa Umno masih tidak putus asa untuk memainkan sentiman perkauman dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San juga berkata tindakan menubuhkan tabung tersebut juga merupakan bukti terdapat segelintir anasir negatif dalam Umno yang masih ingin mewujudkan sesuatu yang telah terbukti tidak pernah berlaku.

Sebaliknya, kata Syed Ali, pihaknya rasa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk membantu surau dan masjid menyediakan pembesar suara bagi melaungkan azan kerana ianya adalah sebahagian daripada syiar agama Islam.

"Kita nak cari duit. Kenapa nak laungkan azan tak boleh. Ini Malaysia, sebuah negara Islam.

"Dan kita nak naikkan semangat orang Islam," kata Syed Ali.

Tambah Syed Ali lagi, beliau mensasarkan untuk mengutip derma RM30 juta sebagai usaha untuk memberitahu DAP pihaknya mampu berbuat demikian. seterusnya.......

cerita umno....
dulu kaki dandut kini kaki masjid
dulu kaki minum kini kaki surau
dulu tak kenal derma kini bapa tabung
dulu hina ISLAM kini sayang islam
dulu pakai songkok kini pakai serban...
insaf...insaf....insaf...

tapi aku rasa kat kelab malam dan kelab dangdut area kl ni pemimpin umno yang ramai dok p mabuk?????
sapa yang dok usung pompuan malam-malam kat kl????
xcaya hangpa p tanya sana!

2 comments

Putra IJ80 said...

Quote"dulu kaki dandut kini kaki masjid
dulu kaki minum kini kaki surau
dulu tak kenal derma kini bapa tabung
dulu hina ISLAM kini sayang islam
dulu pakai songkok kini pakai serban...
insaf...insaf....insaf..."unquote.

Alhamdullilah klu begitu.

Sekurang kurang nya mereka kembali ke jalan yg.benar.(Dapat hidayah le tu)

Tapi klu sekadar ke Masjid ikut musim,kemudian sibok mencampuri urusan jawatan kuasa Masjid,sebab dah Alim/ulamak dari cara berpakaian,datang pulak dgn Mercd.
mau tunjuk kuasa.,maka ia lebe menghancurkan dan memporakperandakan Masjid.

Maka elok tak datang.,

Kerana Azan itu sendiri memberi pertunjuk atau garis panduan bagi mukmin yang benar benar mahu mengikut jalan Allah.

Dasar UMNO Alquraan di ambil sebahagian di tolak sebahagian daripada nya.

goddamn those who should b damn said...

umno cakap x serupa bikin,tipu rakyat tipu ALLAH.Tiket masuk neraka sudah berada dlm genggaman tangan.turut islam masuk syurga,turut umno masuk neraka.

Powered by Blogger.