bezakan lah...


Rakyat Pahang ternanti dua wanita yang bakal menjadi nombor satu, satunya Rosmah Mansor yan bakal menjadi isteri Perdana Menteri dan satu lagi ialah KDYMM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang bakal menjadi Permaisuri Sultan Pahang suatu hari nanti. Keduan-duanya bakal bertemu di Pekan dan dimana-mana jua dalam masjli-majlis rasmi. Namun, masa untuk Rosmah lebih jelas dari Tengku Puan Pahang. Cuma apa yang membezakan kedua-dua wanita ini ialah sifat dan sikapnya. Rosmah dilihat cukup boros dan suka bergaya yang mewah-mewah. Beliau tidak suka ada orang lain lebih bergaya darinya biarpun orang itu lebih cantik dan seksi darinya.

Pernah berlaku salah seorang isteri pembesar Angkatan Malaysia, diajak bershoping dengan Rosmah diluarTentera negara. Khabarnya isteri pembesar terbabit terlihat sepasang baju yang cukup cantik dan amat sesuai dengan potongan badannya yang seksi itu. Namun, belum sempat beliau ingin membeli baju tersebut, begitu pantas Rosmah membelinya dulu. Peliknya, beliau bukan beli untuk dipakai. Tetapi beli atas dasar sakit hati jika melihat isteri pembesar terbabit bergaya anggun dengan memakai baju tersebut. Baginya, biar dua-dua kempunan, asalkan beliau bahagia. Sikapnya ini jauh sekali berbeza dengan imej, ketrampilan dan gaya yang ditonjolkan oleh Tengku Puan Pahang yang nampak lebih lembut, berkhemah dan manis dengan senyuman. Jika dibezakan antara Rosmah dengan Tengku Puan Pahang, jauh pangang dari api. Bagi rakyat Pahang yang senantiasa mendampingi Tengku Puan Pahang pasti akan yakin dan bersetuju dengan kenyataan ini. Rosmah nampak agak sombong dan kurang senyuman jika berbanding dengan Tengku Puan yang lebih ayu, ceria dan penyayang.

Tengku Puan Pahang kelihatan sungguh anggun dan manis sekali

Siapa lebih Islamik? Rosmah Mansor atau Tengku Puan Pahang?

Penampilan Tengku Puan Pahang tampak lebih anggun dan Islamik sejak akhir-akhir ini iaitu sejak beliau kembali dari menunaikan fardhu haji beberapa tahun lalu. Beliau kini sudah bertudung dan cukup menarik mata memandang berbeza dengan Rosmah yang masih "rambut terburai" dan tidak menutup aurat. Jika insan yang berstatus darah raja pun tahu kewajipan menutup "aurat", mengapakah Rosmah tidak mahu mencontohinya walhal Malaysia adalah negara Islam hadhari. Senario ini samalah dengan apa yang berlaku antara isteri Agong dan dua-dua isteri Pak Lah Hadhari. Apakah ini melambangkan imej negara Islam yang dicanang-canangkannya selama ini. Terkadang kita lihat isteri PM dengan TPM langsung tidak mencerminkan Islam Hadhari. Namun itulah hakikatnya mereka ini. Rosmah juga dilihat berlebihan dari segi gaya dan penampilan, hingga mengalahkan kerabat raja. Justeru itu sama-samalah kita fikirkan apakah beliau layak menjadi wanita nombor satu negara?

Hairan dengan sikap jabatan-jabatan kerajaan di Pahang yang masih memaparkan wajah Tengku Puan yang lama walhal beliau kini sudah bertudung. Justeru itu diharapkan agar pihak terbabit menukar semua gambar-gambar rasmi yang tergantung di pejabat dan jabatan masing-masing untuk memberi penghormatan kepada Tengku Puan Pahang. Sesungguhnya Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang adalah raja yang lebih berjiwa rakyat daripada Najib dan Rosmah. Sikap keterbukaaan mereka amat disenangi dan disayangi oleh rakyat Pahang. Daulat Tuanku !! Sila klik pada gambar untuk besarkan imej


http://proreformasi.blogspot.com/

1 comment

web admin said...

alahai makccik rosmah...spek ada kelas u...puuihhhhh

Powered by Blogger.