Tengku Razaleigh dipersila menyertai Pakatan Rakyat
Oleh anak_muar
"Peluang veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding bagi jawatan presiden UMNO pada pemilihan pucuk pimpinan akan datang sama sekali masih kabur dan dilihat semakin tipis.
Ku Li dijangka sukar untuk mendapat pencalonan yang cukup bagi kerusi presiden untuk melepasi kouta yang ditetapkan bagi jawatan tersebut. Ini adalah kali ke empat cubaan Putera Raja itu hendak bertanding bagi jawatan presiden UMNO, 3 kali sebelumnya adalah gagal pertama kali beliau mencabar jawatan presiden pada 1987 dan hanya tewas 43 undi sahaja kepada presiden ketika itu disandang oleh Dr Mahathir.
Setelah tewas beliau akhirnya bertindak keluar dari UMNO membawa haluan beliau sendiri dan seterusnya menubuhkan parti baru iaitu Parti Melayu Semangat 46 sebagai tanda tidak setuju dengan pucuk pimpinan UNMO dan dasar parti.Walaubagaimanapun parti Semangat 46 pimpinannya tidak bertahan lama dan akhirnya dibubarkan seterusnya kembali ke pangkuan UMNO semula atas dasar perpaduan Melayu.
Setelah kembali dalam UMNO Ku Li tetap diperkecilkan peranannya dalam parti.Beliau hanya menjadi ahli biasa dan ketua cawangan UMNO Gua Musang.Ternyata tindakan beliau membubarkan parti yang diasaskannya untuk kembali ke dalam UMNO ternyata tidak mendatangkan sebarang hasil terhadap dirinya dalam memainkan peranan penting untuk mengukuhkan UMNO.
Ku Li bukanlah nama kecil dalam UMNO.Dalam usia yang muda beliau telah bersama UMNO dan menjawat beberapa jawatan penting dalam UMNO dan kerajaan.Namun pengalaman dan kemampuan yang beliau miliki dalam usaha menguatkan parti tidak langsung diendahkan oleh ahli-ahli UMNO.Kini beliau sekali lagi menawarkan diri untuk bertanding kerusi presiden UMNO bagi memperbaiki kedudukan serta imej UMNO yang tercemar serta semakin goyah akibat prestasi terburuk kerajaan BN pimpinan Pak Lah dalam keputusan PRU-12 pada Mac lepas.
kerajaan BN telah kehilangan 5 buah negeri serta gagal mendapat undi majoriti 2/3 dalam kerusi parlimen.Ia adalah tamparan hebat buat kredibiliti kerajaan BN sepanjang tempoh sejarah pilihan raya. Niat Ku Li untuk bertanding bagi kerusi presiden UMNO dilihat sepi dan seperti tidak diendahkan oleh ahli-ahli.Kedudukan Ku Li di dalam seperti sudah tidak popular dan relevan di dalam UMNO.
Segala kritikan dan pandangan beliau terhadap pucuk pimpinan parti dalam usaha memperkukuhkan semula UMNO langsung tidak menjadi perhatian mana-mana pihak dalam parti.Hanya segelintir ahli sahaja yang menyokongnya.Tidak ada apa-apa yang boleh diharapkan dari ahli-ahli UMNO untuk mengangkatnya sebagi pemimpin utama dalam UMNO.Sesungguhnya sudah tiba masa bagi Ku Li meninggalkan parti UMNO yang sudah tidak boleh diperbaiki lagi demi semata-mata kerana masa depan serta kepentingan Agama,bangsa seterusnya negara dengan menyertai Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan besar dan drastic terhadap negara.
Matlamat dan dasar perjuangan UMNO dalam memperjuang serta mempertahankan kedudukkan Agama dan masa depan bangsa sudah begitu jauh tersasar dari landasannya.Oleh itu adalah baiknya jika Ku LI bertindak keluar dari UMNO yang semakin lesu dan kacau itu seterusnya menyertai pakatan rakyat.Ku Li juga boleh menubuhkan sebuah parti Melayu yang baru jika beliau tidak mahu menyertai mana-mana parti dalam PR seperti PAS atau PKR untuk menjadi parti komponen Pakatan Rakyat.Ku Li dilihat satu-satunya pemimpin UMNO yang masih berdiplomasi dengan pihak pembangkang serta mempunyai hubungan yang baik dikalangan pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Hadi Awang serta Lim Kit Siang.
Malah beliau pernah bekerjasama dengan parti-parti pembangkang seperti PAS dan DAP semasa dalam S46.Jadi tiada masalah jika Ku Li membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat.UMNO kelihatan sudah tidak boleh diperbaiki kerana telah dikuasai golongan pemimpin yang bermasalah dan berkepentingan.Tradisi negatif ini telah menjadi resam dalam UMNO.Adalah agak sukar untuk Ku Li mengubahnya.
Sejarah dalam UMNO telah menunjukkan bahawa jika ada individu yang ingin membawa perubahan besar dalam UMNO mereka akan kecundang akhirnya. Ku Li sendiri pernah kecundang dalam usahanya untuk membawa pembaharuan ke dalam UMNO.Lihat sahaja apa yang telah menimpa Dato seri Anwar hanya tinggal setapak sahaja untuk menduduki kerusi Presiden akhirnya kecundang dan dizalimi dengan kejam oleh golongan pimpinan UMNO takut akan ketegasan Anwar terhadap gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam parti mahupun dalam kerajaan BN.Gejala rasuah dan penyelewangan telah sebati dan bermaharaja lela di dalam UMNO-BN.Tiada lagi pemimpin UMNO yang mampu mengubah dan juga membersihkan segala kekotoran dalamannya.
Jika Ku Li bertindak demikian atas dasar kepentingan dan masa depan Agama,Bangsa dan negara,insyaallah pasti ramai pemimpin UMNO yang bakal menyertainya. Beliau boleh buat keputusan sama ada mahu terus menjadi komponen BN ataupun menjadi komponen baru dalam PR.Tidak menjadi kerugian jika Ku Li menyertai PR.Beliau akan disanjung oleh rakyat jika berbuat demikian.JIka UMNO tidak memanfaatkan pengalaman yang Ku Li ada PR akan menghargainya dengan sebaik mungkin.
Pengalamannya sebagai veteran politik juga dapat menyumbangkan idea dan pandangan dalam PR.Jika perananya dalam UMNO-BN dikeperkecilkan namun beliau boleh mengetengahkan peranannya dalam PR dalam usaha membentuk kerajaan baru.
Dengan itu beliau dapat menarik beberapa MP UMNO bagi menyertainya untuk menjadi parti komponen PR.Peranan beliau dalam UMNO sudah tidak diperlukan lagi. Segala pandangan dan kritikan beliau terhadap UMNO tidak langsung tidak mendatangkan kesan terhadap parti.
Suara Ku Li semakin tidak pupular dan diperlukan oleh UMNO.Biarlah UMNO serta kerajaan BN rosak dengan tindakan mereka sendiri.Apa yang penting Malaysia perlu melalui suatu proses pembaharuan dan perubahan dalam dasar pemerintahan yang lebih mengutamakan agenda dalam membawa kebaikan terhadap rakyat. "

No comments
Post a Comment