UMNO...nak jawab apa ni?~malaysiakini
Kenyataan Tan bukan politikkan fakta sejarah: Koh
GEORGETOWN: Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe bukan bertujuan mempertikaikan atau mempolitikkan fakta sejarah, kata Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Koh berkata selepas semakan dibuat kenyataan Tan adalah dalam konteks masa kini di mana semua rakyat Malaysia adalah 'Anak Malaysia' dan bukan penumpang.
“Dalam teks ucapannya, beliau menyebut “orang Melayu adalah dari kepulauan Nusantara, bukan 'pendatang' dari Sumatera, seperti yang dilaporkan Media pada 12 Oktober lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dibuat bagi mengulas beberapa reaksi negatif berhubung laporan media terhadap ucapan Tan pada Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan 10 Oktober lalu.
Sehubungan itu, Koh meminta semua pihak agar tidak lagi bertikam lidah mengenai tafsiran fakta masa lampau sebaliknya harus bersatu bagi menghadapi cabaran masa depan.
Koh menegaskan bahawa Tan tidak bertujuan menghina orang Melayu memandangkan hubungan rapat antara beliau dengan pengundi di kawasannya.
“Kami sememangnya berasa kesal kerana kenyataan seperti yang dilaporkan telah menimbulkan kekeliruan, salah faham dan perasaan tidak senang.
“Kami berharap penjelasan ini akan membetulkan sebarang persepsi negatif serta akan difahami dan diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak, khasnya rakan kami dalam Umno dan pertubuhan Melayu lain,” katanya. - Bernama

No comments
Post a Comment