TOK GURU NIK AZIZ...kami amat menyanyangi kamu.....

Saya pasti, banyak hati yang terguris dengan apa yang berlaku sejak petang semalam. Bermula dengan pendedahan Pak Lah bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemu dengan beliau untuk tujuan muzakarah, kenyataan Presiden PAS pada tengah malam semalam yang mengakui bahawa telah ada pertemuan yang dibuat untuk bertemu dengan Pak Lah dan kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang minta muzakarah ini dihentikan segera.

selanjutnya di sini
edyes wrote:
Kita semua sudah nampak permainan UMNO. Ini bukan kali pertama PAS terperangkap dengan UMNO. Sudah jelas dan terang, paklah sendiri yang memerangkap PAS dengan pengumuman yang menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli dan pimpinan PAS.
Suka atau tidak, terima atau tidak, UMNO telah berjaya untuk seketika. Keikhlasan paklah dalam menjayakan 'muzakarah demi melayu dan Islam' berkecai sama sekali apabila mengumumkan dengan bangganya bahawa pertemuan telah diadakan sebanyak tiga kali.
Saya anggap alasan PAS kononnya pertemuan selepas 8 Mac itu adalah bagi memberi jalan kepada Pakatan Rakyat Selangor membentuk kerajaan adalah mirip alasan UMNO dalam menyelamatkan pelbagai keadaan. Maaf kata, saya bukan menghina, tetapi sememangnya mirip.
Jika paklah tidak membuat kejutan kelmarin pada pengumuman pertemuan tiga kali itu, sudah tentu sehingga hari ini 'muzakarah' berjalan lancar dan ada hasilnya. Tetapi paklah mengambil jalan singkat yang memberi impak besar kepada kepimpinan PAS sekaligus mendapat kemenangan 'moral'.
Inilah satu penipuan ala perang siffin bak kata seorang rakan. Apabila Quran dijunjung, pintu dibuka, atas nama melayu dan Islam, keikhlasan entah ke mana, perangkap tersedia.
Namun bergitu, kecekalan TGNA dalam isu ini amatlah dihargai. Keputusan TGNA mengarahkan tiada lagi sebarang 'muzakarah' bersama UMNO selepas ini. Saya sokong Tuan Guru Nik Aziz sepenuhnya walaupun saya bukan ahli PAS. Mengapa menolong buaya yang sedang lemas.
Bak kata Sheih kickdefella, adalah lebih baik PAS bermuzakarah dengan DAP dalam menerangkan betapa adilnya pemerintahan Islam itu. Bukankah itu juga satu dakwah yang dituntut. Hebatnya Islam !
TAKBIR !

saya betul hormat pada tok guru nik aziz....tok guru bawa la kami kearah kebenaran....pimpin la la kami supaya kami terus menuju kearah kebenaran.....setelah kita mencapai kejayaan yang besar, jangan la kita lupa akan kudrat dan gerak kerja nik aziz..bawa lah beliau bersama-sama dalam apa jua perbincangan...selagi tok guru diberikan nafas dari tuhan gunakan la sebaik-baik mungkin..TAKBIR!!!!

No comments

Powered by Blogger.