Dah kalah baru UMNO nak pujuk PAS

Agendaselangor | Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akhirnya mengakui ada perbincangan antara Barisan Nasional serta Umno dan PAS selepas pilihan raya umum lalu malah mencadangkan pemimpin PAS diberikan jawatan Menteri Besar dan timbalan serta empat kerusi Exco.

Bekas Menteri Besar itu sendiri menolak sebarang jawatan bagi mengelak dianggap menguasai Exco yang bakal dibentuk andainya wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di Selangor bagi membentuk kerajaan negeri.

Dalam blognya, Dr Mohamad Khir menyatakan kegembiraan bila mendengar sudah ada perbincangan di antara kepimpinan Melayu dalam Umno dan PAS.

“Kegembiraan ini kerana inisiatif ini telah saya mulakan di Selangor sebaik sahaja berakhir Pilihan raya Umum ke 12 yang lalu.

Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Selangor,” ujarnya.

Dr Mohamad Khir menjelaskan, beliau telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya juga mencadangkan agar PAS diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 Exco. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai Exco yang bakal dibentuk,” katanya.....selanjutnya.

kalau aku la...si khir toyol ni orang dah tak pandang..time kalah baru nak p pujuk2...WOIII lu ingat lu sapa ha????ingat pas tak da maruah ke???lu tu yang tak da maruah...malu la cikit

No comments

Powered by Blogger.