PM:BODOHlah.......

Kenyataan Pak Lah hari ini berkaitan keperluan untuk mengambil sample darah bagi tujuan ujian DNA daripada DSAI , seperti artikel di bawah , menunjukkan dan membuktikan adanya kospirasi , dari kerajaan UMNO/BN , dalam tuduhan liwat.


Ini kerana ujian DNA , tidak perlu dibuat atau diulang dan ianya cukup SEKALI untuk seumur hidup.


Ini kerana , PROFAIL DNA , sesuatu jisim , seperti darah dan sebagainya , kekal dan tidak berubah , bukan setakat 10 tahun , malah 1,000 tahun , malah 1,000,000 tahun. Dalam ayat yang paling mudah ianya kekal untuk selama – lamanya. Tapi , tidak bermakna UMNO akan kekal selama – lamanya walaupun menggunakan slogan dulu , kini dan selamanya.




Apa tujuan permohonan sample kali kedua ?

Sudah tentu ada agenda tersendiri. Ini hanya boleh dijawab oleh pihak – pihak yang terlibat dalam penyiasatan kes ini , iaitu polis, peguam dan lain – lain , akan perlunya sampel kedua diambil.

Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO atau Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri atau mana – mana Menteri , tidak seharusnya memberikan ulasan , komen atau cadangan berkaitan dengan ujian DNA.

Ini akan menampakkan wujud nya campurtangan politik dalam kes ini .Siapa ahli – ahli politik yang berkepentingan dalam kes ini ?


Dalam hal ini Pak Lah , sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO , seharusnya tidak mengemukakan sebarang ulasan atau melayan pertanyaan pemberita. Cuma mungkin perlu menyatakan ini semua urusan polis , saya tidak tahu.


Apa keperluan ahli politik menyentuh soal dan kes polis , walaupun ia seorang Perdana Menteri atau Presiden bagi sebuah parti politik ?


Jadi , Betul Lah Pak Lah Bodoh kan ?

No comments

Powered by Blogger.