adakah anda tahu siapa beli IJN?
Nampak gayanya selepas PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 ini, kita boleh lihat satu lagi institusi berkepentingan rakyat akan dijual kepada pihak swasta. Dengar khabarnya SIME DARBY telah berjaya melobi (atau dianugerahkan) kepentingan Kementerian Kewangan dalam Institut Jantung Negara (IJN).
Terlalu banyak pihak yang berusaha untuk menggagalkan inisiatif ini demi kepentingan rakyat marhaen umumnya, namun pada saya usaha ini mungkin sia-sia. Apa tidaknya, tindakan bantahan yang dilakukan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia pada isu ini seumpama bantahan terhadap tindakan Israel menyerang Gaza. Israel tidak akan berganjak walau sedikit pun biar PBB mengeluarkan berjuta amaran. Inilah juga senario yang berlaku kepada kes IJN.
Soalan yang sewajarnya diperhalusi bagi isu IJN ini adalah siapakah sebenarnya yang berhajat besar untuk memiliki IJN? Siapakah dalang disebalik semua ini?
IJN adalah antara institusi berkaitan jantung yang terbaik di Asia Tenggara. Malah kemampuan tenaga pakarnya diakui oleh banyak pihak dalam dan luar negara. Kemudahan infrastrukturnya juga lengkap dan mampu untuk dinaiktarafkan dengan mudah dan pelbagai.
Inilah sebenarnya yang menjadi daya tarikan bagi semua pihak yang berhajat besar untuk memilikinya. Khidmat kesihatan adalah satu lubuk emas yang tidak akan terjejas oleh keadaan ekonomi dunia malah dizaman gawat sekalipun khidmat kesihatan mampu untuk menjana pendapatan yang mantap.
SIME DARBY diwarwarkan akan menjadi pemilik kepada IJN dalam masa terdekat, namun benarkah SIME DARBY akan menjadi pemilik sebenar IJN? Mungkinkan IJN akan menjadi satu lagi kes seperti Pantai Holding dan sebagainya. Kemungkinan besar SIME DARBY akan menjualkan kepentingan dalam IJN kepada pihak ketiga adalah perkara yang tidak boleh ditolak ketepi.
Sepertimana dijangka, dahulu saya ada menulis mengenai Synergy Drive yang sebenarnya adalah proksi kepada Temasek Group. Walaupun kini nama Synergy Drive nampak tenggelam oleh kerana ada pihak tertentu yang mahukan nama SIME DARBY lebih menonjol daripada Synergy Drive.
Walaupun bertukar nama beberapa kali sekalipun, namun ingin saya tegaskan bahawa dari maklumat yang saya terima, SIME DARBY (a.k.a Synergy Drive) ini sebenarnya adalah sebahagian daripada rangkaian proksi bagi pihak Temasek Group. Temasek Group memang mempunyai hasrat untuk menguasai pelbagai kemudahan dan akses di Malaysia (termasuklah bagi kes Pelabuhan Utara Kelang - Northport yang dimiliki oleh Temasek Group melalui agen proksi mereka).
Kemudahan infrastruktur (utiliti) seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional telahpun diserap oleh agen-agen proksi Temasek Group. Media Prima juga nampaknya tidak terkecuali. Kini jika usaha mereka untuk menguasai bidang kesihatan (selepas berjaya meletakkan proksi mereka di Pantai Holding, Faber Group dan Fomema) seperti IJN, maka lengkaplah usaha mereka untuk menguasai ekonomi dan sebagainya di Malaysia.
Sasaran mereka selepas ini tentulah bidang perikanan, pertanian dan juga bidang automotif. Kita semua boleh tunggu dan lihat.
http://ketuaperusuh.wordpress.com/
No comments
Post a Comment