ala panggil khairy je...dia kan hebat debat ni..kan kan

PAS Terengganu mencabar pemimpin Umno berdebat mengenai isu pembatalan bayaran royalti minyak ke kerajaan Terengganu.

"Saya boleh berdebat bila-bila masa," kata timbalan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

kuala terengganu by election pas daily pc 110109 wan mutalib"Panggillah peguam terbaik dia (Umno), saya boleh berdebat," katanya dalam sidang media harian PAS hari ini di Kuala Terengganu bersempena pilihanraya kecil parlimen tersebut.

Beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri sekarang yang beranggapan isu tersebut telah selesai pada Mac depan dan akan menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan yang berbuat demikian sejak 2000.

Tindakan mahkamah itu dijangka dibuat selepas Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain.

kuala terengganu by election bn poster billboard campaigns 080109 04Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.

Sementara itu, Wan Abdul Mutalib mendakwa ada pihak tertentu yang hendak menampal poster BN sehingga mengganggu poster PAS di Kampung Nibong, Kuala Terengganu.

Katanya, lima lelaki yang lengkap dengan alat komunikasi walkie-talkie berada di kampung tersebut selepas tengah malam tadi.

"Orang kita yang ada di situ takut... mereka tidak berani pergi dekat.

"(Tetapi) kalau mereka buat lagi, kita akan buat laporan polis," katanya.

Bekas exco kerajaan Terengganu itu menambah, kehadiran begitu ramai anggota polis telah "menakutkan pengundi" Kuala Terengganu.

"Saya dimaklumkan ada kira-kira 10,000 anggota polis, menjadikan anggota polis paling ramai dalam pilihanraya kecil," katanya.

kuala terengganu by election nomination day 060109 police forcePolis sebelum ini dilaporkan menyatakan hanya 6,000 anggota di tempatkan di beberapa lokasi strategik dalam kawasan parlimen tersebut bagi mengawal keselamatan.

Setiap empat DUN dalam parlimen ini diawasi oleh sekumpulan besar anggota polis yang didatangkan dari seluruh negara.

Wan Abdul Mutalib berkata kehadiran polis ini bertentangan dengan kenyataan pasukan itu sendiri yang telah mengisytiharkan pilihanraya kecil kali ini lebih terkawal daripada pilihanraya kecil Ijok, Selangor dua tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.