anda hairan tak kenapa najib ulas pasal ni?

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan dakwaan PAS bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol untuk menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Beliau sekeras-kerasnya menolak dakwaan PAS yang dibuat pagi ini.

"Tiada pengundi hantu", kata beliau selepas merasmikan Seminar kesedaran Alam Sekitar di sini hari ini.

Kata beliau, pembangkang tidak pernah mengatakan tentang kewujudan pengundi hantu jika mereka memenangi mana-mana pilihan raya.

Ketika ditanya tentang dakwaan PAS bahawa Pejabat Pendaftaran Negara Terengganu dibuka sehingga 10 malam, Najib berkata: "tidak, tidak, tidak."

Terdahulu pada sebelah pagi tadi, PAS menggesa SPR menggugurkan Datuk Mat Razali Kassim daripada terus menguruskan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

Selain itu, PAS juga mendakwa SPR sedang bekerjasama dengan JPN dalam usaha menyediakan 'pengundi hantu' sebelum hari pengundian pada 17 Januari ini.

No comments

Powered by Blogger.