anda tahu? BN dalam keadaan terdesak sekarang!!!


Serangan PAS terhadap calon BN yang didakwa meminggirkan bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Razali Ismail di peringkat Umno bahagian Kuala Terengganu nampaknya membuahkan hasil.

kuala terengganu by election wan farid interview 130109 03Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai ketua bahagian itu selama dua penggal, dituduh tidak memberikan ruang kepada allahyarham, waktu itu ahli parlimen Kuala Terengganu, untuk mendapat sebarang kedudukan dalam Umno.

Anggota-anggota keluarga Razali dikatakan tidak senang dengan perkembangan itu dan suara-suara mereka berkumandang dalam kalangan Umno, termasuk para penyokong BN yang akan membuang undi, Sabtu ini.

PAS mendakwa Razali seorang ahli politik Umno yang baik, bersih dan profesional dalam tugasnya tetapi tidak dihargai oleh parti itu.

Susulan serangan tersebut, BN mengambil langkah drastik mendekati keluarga Razali dan cuba menampilkan imej bahawa ia tidak mengabaikan sumbangan tokoh besar pendidikan itu yang mula dibawa ke Dewan Rakyat sejak pilihanraya umum 2004.

Malam tadi timbalan perdana menteri dan juga ketua jentera BN dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu menghadiri majlis tahlil arwah di rumah keluarga Razali di Lorong Kenanga dalam DUN Batu Burok.

kuala terengganu by election najib visit razali house 140109 hishammuddinand najibDatuk Seri Mohd Najib Razak diiringi oleh Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam majlis tersebut.

Calonnya sendiri Wan Ahmad Farid bagaimanapun tidak hadir di majlis tersebut.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan nama Razali akan diabadikan di sebuah maktab perguruan di utara bandar raya Kuala Terengganu dan sekolah menengah di kawasan parlimen ini.

Institut Perguruan Kuala Terengganu di Batu Rakit akan dikenali Institut Perguruan Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di Kg Gong Tok Nasek ditukar kepada SMK Dato' Razali Ismail berkuatkuasa Jumaat ini, 24 jam sebelum hari pengundian 17 Januari ini.

Majlis perasmiannya dilaporkan akan disempurnakan oleh Najib.

kuala terengganu by election najib visit razali house 140109 hishammuddinHishammuddin menafikan pengabadian nama tokoh pendidikan Terengganu ini bertujuan memancing undi kaum pendidik - didakwa lebih senang menyokong BN jika pegawai kanan Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd Zuber Embong berdiri sebagai calon parti itu.

Kira-kira 5,000 guru bertugas di daerah ini tetapi difahamkan hanya lebih 1,000 orang akan menentukan nasib Wan Ahmad Farid dan pencabar dekatnya, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut, Sabtu ini.

Pilihanraya kecil parlimen ini turut disertai calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

No comments

Powered by Blogger.