ANGAN-ANGAN MAT JENIN KHAIRY...KESIAN BALACI umno




" Agak lama saya menunggu calon Ketua Pemuda UMNO ini berkempen di Kuala Terengganu, selepas penamaan calon tempohari saya gagal mencari maklumat tentang kenyataan berkenaan pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu daripada mulut budak lulusan oxford ini, bagi saya selagi Khairy tidak bercakap tidak sempurna rasanya kempen pilihanraya bagi pihak Barisan Nasional, dan seandainya PAS memenangi pilihanraya kecil ini amat terkilan rasanya jika kemenangan itu tidak disumbangkan oleh faktor Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau ini memang petah bercakap cuma beliau tidak menyedari semakin banyak beliau bercakap, semakin banyak isu yang boleh digunakan kembali oleh pihak lawan. Khairy Jamaluddin sebenarnya liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional, dikalangan UMNO sendiri ramai yang tidak berkenan apabila menantu Perdana Menteri ini bercakap tentang politik semasa, namun memandangkan beliau menyandang jawatan naib ketua Pemuda UMNO secara sahnya beliau layak berkempen bagi kouta Pemuda UMNO. Berkenan atau tidak, bukan lagi menjadi satu isu atau persoalan.

Dalam pilihanraya umum yang lepas, Khairy Jamaluddin begitu megah dengan projek 18 Tahun Pade Doh Weh yang disasarkan kepada kerajaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Bagi Khairy selama 18 tahun, Kerajaan Kelantan telah gagal membangunkan negeri didalam aspek yang dikatakan pembangunan.

Mungkin semasa itu, dengan hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi dipihak PAS, Khairy merasakan gelombang sokongan akan berpihak kepada beliau dan projek 18 Tahun Pade Doh Weh akan berjaya, Khairy boleh diibaratkan budak mentah yang baru belajar berpolitik, beliau bukan saja gagal mengkaji sejarah politik Kelantan malah tidak memahami sikap serta penerimaan rakyat terhadap Tuan Guru Nik Azia. Agak keterlaluan semasa berkempen, beliau tanpa segan silu menyerang peribadi Tuan Guru Nik Aziz, mungkin dengan membawa segulung ijazah dari oxford university dan memegang title menantu Perdana Menteri, Khairy merasakan dirinya lebih hebat jika dibandingkan dengan Menteri Besar Kelantan itu, mungkin di Oxford Universiti beliau tidak diajar tentang budaya hormat kepada golongan tua yang berilmu dan mungkin dia lupa tentang perancangan allah itu lebih baik daripada perancangan beliau sendiri.

Akibat daripada sikap biadap Khairy, rakyat Kelantan telah menunjukkan Khairy jalan keluar, hasilnya selepas PRU12, Kerajaan PAS Kelantan terus gah memerintah namun agak malang Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan bapa mentua beliau, bukan sahaja kehilangan majoriti 2/3 di parlimen, gagal menawan semula Kelantan tetapi kehilangan 4 buah negeri yang telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Selepas itu agak lama tidak melihat kelibat suami Nori Abdullah ini, Khairy muncul semula dengan wajah baru, berjambang macam orang mati bini.

Khairy Jamaluddin sebenarnya seorang yang bijak memanipulasikan isu, memprovokasi lawan, Keadaan ini dapat dilihat semasa perdebatan beliau dengan Dato’Husam Musa di Balai Islam tempohari, sekali lagi Khairy merasakan diri beliau bijak tanpa menyedari beliau telah mempermainkan hukum hudud, tanpa merasakan diri beliau sebenarnya bodoh, bebal dan jahil tentang hukum hakam, beliau meletakkan masalah perlaksanaan hudud kepada PAS seolah-olah hudud itu hak milik PAS. Hudud adalah amanah allah yang mesti dilaksanakan dan sebagai parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan, hukum hudud menjadi tanggungjawab UMNO untuk ditegakkan. Itu yang sepatutnya Khairy Jamaluddin tahu, bukannya memanipulasikan isu tersebut demi kepentingan politik perkauman yang sempit.

Kejayaan Pakatan Rakyat hari ini sebenarnya sedikit sebanyak hasil daripada kesilapan percaturan yang dibuat oleh Khairy semasa pilihanraya umum baru-baru ini, dengan membuang tokoh-tokoh lama dan melantik orang-orang baru sebagai calon pilihanraya, penyakit cas keting atau Pak Lah kata sebagai sabotaj telah menjadi lebih parah didalam UMNO, semua calon-calon yang bertanding dipilih oleh Khairy, terdiri daripada golongan muda dan pengikut yang amat setia, pemilihan golongan ini sebenarnya alat bagi Khairy merealisasikan impian untuk menjadi PM sebelum usia mencecah 40 tahun, justeru itu bukan sesuatu yang menghairankan apabila Wan Ahmad Farid dipilih menjadi calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu kerana Wan Farid adalah sekutu rapat Khairy Jamaluddin.

Selepas beberapa hari penamaan calon P036, suara Khairy Jamaluddin kedengaran lagi. Itulah yang dinantikan, kali ini bahan kempen Khairy, Parti PAS tak rok cetong, tidak dinyatakan apa yang tak rok cetong tu, samalah dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Ketua Perhubungan Wanita Terengganu, Wan Ramlah Wan Ahmad yang sudah tua dan hampir nyanyuk. Rupanya sepandai-pandai Khairy, dia terpaksa menggunakan ayat yang telah digunakan oleh perempuan tua yang hampir nyanyuk sebagai modal kempennya.

Sebenarnya tidak ada satu pun misi yang dilakukan oleh Khairy berjaya, malah semua misi yang diketuai oleh Khairy banyak mendatangkan kebaikkan kepada Pakatan Rakyat. Lihat sahaja misi beliau ingin menguburkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, Bukan Anwar yang terkubur tetapi UMNO yang terbujur, justeru itu biarkanlah Si Khairy Jamaluddin ini terus bercakap dan bercakap, makin banyak dia bercakap makin nampak kebodohan beliau dan makin memudahkan kerja-kerja kempen bagi Pakatan Rakyat. Biarkan Khairy tenggelam dengan pemikiran bodohnya. Biarkan kerana Khairy bolehlah diibaratkan sebagai si luncai dengan labu-labunya.
"

No comments

Powered by Blogger.