apabila kak pidah bercakap pasal soal peribadi?


pastu hang nak kami citer pasal pa pidah? pasal parti hang ke? ermmm memang teruk dah pun..pakat dok pulun wang haram je....wang rakyat puak hang dok makan sakan...pastu takmau cakap pasal calon parti hang? lagi la teruk... hang cakap tu pun kena hati-hati la...kes hang pun banyak gak..tau keja selama ni dok makan wang haram je...nape? mare aku cakap wang haram??? pirahhhh...tunjuk alim...

(Bernama) -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz hari ini berkata pengundi yang ditemui anggota pergerakan itu menerusi kempen dari rumah ke rumah tidak pernah mempersoalkan peribadi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Oleh itu katanya, isu itu tidak wajar diperbesarkan kerana ia hanya berkisar dalam kalangan pihak tertentu yang mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

"Satu pun laporan saya tak terima pasal orang tak suka muka Wan Ahmad Farid. Tu saya pun hairan, bila kita turun ke bawah tak ada orang bercakap. Ini orang bercakap di kedai-kedai kopi rasanya, yang saja ditanamkan idea ni persepsi ni," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Wanita Umno di sini.

Rafidah berkata berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, pengundi hanya membangkitkan masalah kemudahan seperti keadaan jalan yang tidak berturap, parit tersumbat dan perkara yang berkaitan secara langsung dengan keselesaan mereka.

"Jadi ingin saya tegaskan tak usahlah dibangkit cerita calon, calon tak senyum ke calon muka sombong ke, calon muka garang ke, kita bukan nak pilih calon ratu cantik, bukan nak pilih calon ala Shah Rukh Khan, bukan nak pilih jejaka idaman, kita nak pilih calon yang boleh bekerja.

"Pada penilaian BN, calon kita boleh diamanahkan untuk bertugas dan berkhidmat untuk orang Kuala Terengganu. Kita yakin dia boleh bekerja, kalau tak tauke dia ialah BN, kerajaan negeri dan kerajaan pusat... kalau dia tak bekerja pucuk pimpinan kitalah yang akan ambil tindakan," katanya.

Beliau juga yakin pengundi tidak akan terpengaruh dengan cerita-cerita berkaitan peribadi Wan Ahmad Farid yang sekarang tersebar sehingga ke Kuala Lumpur.

"Pengundi nak benda-benda macam ni lah, dia nak rumah dia dibela, jalan diturap. Sebab walau macam mana senyum meleret pun pembangkang, tak juga buat, macam mana cantik wajah pembangkang dan mesranya mereka masih tak boleh buat jalan ni, tak boleh nak betulkan longkang ni sebab kerajaan negeri adalah kerajaan BN dan kerajaan pusat adalah kerajaan BN," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan gerak kerja Wanita Umno, Rafidah berkata setakat ini mereka telah menemui lebih daripada separuh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang berjumlah 80,229.

"Nampaknya Alhamdulillah, kita boleh pertahankan kerusi kita ini. Matlamat kita sekarang untuk memastikan ada tambahan peratusan dalam kalangan yang menyokong BN," katanya.

Beliau berkata tugas jentera Wanita Umno adalah mengumpul maklumat mengenai pengundi dan juga masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.

"Isu-isu setempat yang dibangkitkan ini kita kumpul dan telah kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk diambil tindakan," kata beliau.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.