Beberapa tips dari RPK untuk misi KT
"RPK menulis lagi dan memberi beberapa peringatan dan tips untuk PRK036 ini. Oleh kerana tulisannya ‘100% English’ dan sebahagian penggundi melayu 'me no spik ingrish' , jadi saya cuba menterjemahkan beberapa maklumat yang di kira berguna untuk pengundi dan strategis-strategis PR di KT.
1 . Sebahagian penduduk negeri telah mula menerima ‘wang sogokan’ atas apa-apa nama lain sebanyak RM300, RM500 malahn RM1K . Rakyat seharusnya mengambil wang ini , kerana wang2 tersebut adalah wang rakyat ; bukannya wang BN. Rakyat masih bebas untuk memilih/memangkah PAS pada hari pengundian nanti dan tidak sepatutnya rasa terhutang budi pada BN.
2. Semenjak tahun 1974 sehingga 2008 , kerajaan Terengganu sepatutnya telah menerima hampir RM20b , wang royalti minyak. Anggaran hampir RM80juta sahaja di berikan sebagai gula-gula dalam tempoh PRK-KT ini , tetapi perbelanjaan sebenar mngkin mencecah sehingga RM250 juta , dan mungkin juga akan mencapai Rm500 juta sehingga tarikh 17 Januari ini.
3. Had perbelanjaan yang di benarkan oleh SPR utk PRK seperti ini adalah RM200K. Perbelanjaan mega ini , menunjukkan betapa BN mengharapkan kemenangan di sini ( tambahan penulis : spt yang telah Najib jelaskan ; do or die mission/misi buat atau terus mati )
4. Kehadiran 6000 polis , semacam menunjukkan bahawa akan ada kekecohan yang berlaku. Dalam misi lain, berkemungkinan pengundi-pengundi hantu di seludup dan akan di bawa keluar dari kem-kem ini.
5. Setiap pemberian wang sogokan sebanyak RM300, RM500 mahupun RM1000 di syaratkan unutk menyerahkan IC / butir-butir pengenalan. Dari sinilah , BN akan menggunakan butiran-butiran tersebut , dan menghantar ‘polisi-polisi’ berpakai reman , untuk mengundi di awal pagi tarikh mengundi.
6. BN mengharapakan agar 20,000 hingga 25,000 dari pengundi tidak akan keluar mengundi , kerana jumlah pengundi yang keluar biasanya antara 70% . Dengan mennggunakan khidmat antara 4000 -5000 pengundi ‘hantu’ dari kem ‘polisi’ , mereka boleh meningkatkan jumlah pengundi dalam angka selamat iaitu 75%.
7. Pengundi di nasihatkan agar keluar awal , kerana ada kes di Permatang Pauh pengundi yang keluar untuk mengundi pada tengahari tidak dapat mengundi dengan alasan di katakan ‘telah mengundi’ . Dalam kes tersebut , lebih 50 laporan polis telah di buat , tetapi masih tiada tindakan di ambil.
8. Jika kes di atas terus terjadi di KT, sila buat laporan polis sewajarnya.
Artikel asal RPK di petik di sini .(http://mt.m2day.org/2008/content/view/16789/84/)
Tambahan komentar : PR tidak mampu menyekat dan menahan bakal hantu yang di seludup . Apa yang PR mampu buat adalah berdoa dengan sepenuh hati agar ‘hantu-hantu’ yang keluar adalah di kategori sebagai hantu ‘rebel’ !
1 comment
kredit artikel asal :
http://www.my-localagenda.com
Post a Comment