berita baik untuk rakyat?

IPOH: Kerajaan sudah mempunyai formula bagi menyelesaikan isu tambang dan tuntutan surcaj membabitkan semua kenderaan awam, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Noh berkata, formula bagi kenderaan awam seperti bas henti-henti, bas mini, bas ekspres, teksi dan bas sekolah itu akan akan diumumkan selepas perjumpaan dengan semua wakil pengusaha dan persatuan pengguna.

“Formula ini akan memastikan pengusaha tidak rugi dan pengguna tidak dibebankan...kerajaan mahu semua pihak berpuashati,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan golf Bank Rakyat di sini hari ini.

Noh berkata, perjumpaan pertama dengan wakil pengusaha syarikat bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan bas sekolah akan diadakan malam esok di Kuala Lumpur.

Katanya, usaha menentukan kadar tambang dan surcaj bukan hanya bergantung kepada kedudukan harga minyak tetapi juga kos lain yang ditanggung oleh pengusaha seperti penyelenggaraan, gaji pekerja dan harga alat ganti.

Minggu lalu, Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPBSSM) menuntut kenaikan 30 peratus surcaj tambang perkhidmatan. - Bernama

naik lagi kot tiket? mati la aku yang pelajar jauh ni...

No comments

Powered by Blogger.