besar kemaluan najib dan BN di k.Ganu

Pak Lah mungkin menggunakan mahkamah untuk memanggil Najib sebagai saksi bila-bila masa dari sekarang. Bila beliua dipanggil untuk memberi keterangan dan sudah pasti Pak Lah akan mengarahkan Najib bercuti untuk menghadapi kesnya itu. Kemungkinan besar kes tersebut akan dibicarakan dalam tempoh yang agak lama. Ini bermakna ia akan menjangkau bulan Mac 2009 ini.

Pak Lah mungkin menggunakan mahkamah untuk memanggil Najib sebagai saksi bila-bila masa dari sekarang. Bila beliua dipanggil untuk memberi keterangan dan sudah pasti Pak Lah akan mengarahkan Najib bercuti untuk menghadapi kesnya itu. Kemungkinan besar kes tersebut akan dibicarakan dalam tempoh yang agak lama. Ini bermakna ia akan menjangkau bulan Mac 2009 ini.

Najib Bakal Kempunan Jadi PM

Sememangnya kini, majoriti rakyat tidak mahu Najib jadi Perdana Menteri. Jika beliau hanya mahu menjadi Presiden UMNO, mungkin ia tidak mengapa. Namun untuk menjadi PM, jika dibuat undian sekali pun sudah pasti ramai yang menolak termasuk puak-puak UMNO sendiri. Mereka takut, jika Najib yang penuh dengan skandal itu memerintah nanti maka rakyat yang tidak berdosa akan terus menderita.

Bahkan, Najib dilihat akan mengunakan “kedudukan” yang ada untuk melakukan lebih banyak kezaliman terhadap pemimpin dan penyokong parti pembangkang jika beliau berkuasa kelak. Oleh itu, mereka lebih rela Pak Lah dikekalkan atau Pakatan Rakyat memerintah daripada memperhambakan diri kepada Najib Razak itu.

Desas desus kini kian melanda mengatakan Pak Lah akan terus kekalkan jawatan PM kini semakin tersebar luas. Ramai pihak yang berpendapat adalah lebih wajar Pak Lah terus mengekalkan jawatan itu selepas Mac ini. Bahkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang juga turut sependapat supaya Pak Lah tidak mengundur diri dan terus kekal sebagai PM Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac. Justeru itu, apakah dengan desakan ini akan menyebabkan perancangan Mac 2009 itu digagalkan.

Faktor pertama yang bakal menyebabkan Najib kempunan ialah berkaitan dengan kes Altantunya yang mana kini kedua-dua tertuduh iaitu Azilah dan Sirul kini sedang membela diri masing-masing. Langkah Azilah mendedahkan bahawa beliau melakukan perbuatan tersebut mengikut arahan daripada DSP Musa Safri (Pegawai Polis Pengiring Najib Razak). Ini bermakna, petanda awal yang bakal mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes ini sudah nampak. Musa Safri sudah pasti mendapat arahan daripada seseorang. Apakah Musa, Rosmah dan Najib bakal dipanggil sebagai saksi kes ini?.

Kemungkinan besar itu pasti ada, Pak Lah mungkin menggunakan mahkamah untuk memanggil Najib sebagai saksi bila-bila masa dari sekarang. Bila beliua dipanggil untuk memberi keterangan dan sudah pasti Pak Lah akan mengarahkan Najib bercuti untuk menghadapi kesnya itu. Kemungkinan besar kes tersebut akan dibicarakan dalam tempoh yang agak lama. Ini bermakna ia akan menjangkau bulan Mac 2009 ini. Dan dalam tempoh bercuti, Najib tidak boleh mengambil kuasa.

Dalam masa yang sama, Khairy Jamaluddin menantu kesayangan Pak Lah akan meminta pemuda UMNO untuk menyokong agar Pak Lah dikekalkan sementara Najib berhadapan dengan kes mahkamahnya itu. Namun, perkara ini nampak ada kesamaran kiranya Najib Razak masih menganggap dirinya “difitnah” dan tidak mahu ke mahkamah seperti Mahathir dulu biarpun perintah “sapina” dikeluarkan nanti.

…..

Melihat kepada senario terkini, ternyata Pak Lah dilihat masih ingin terus berkuasa dalam apa jua keadaan sekalipun. Justeru itulah kita melihat semakin hari beliau semakin terkehadapan dan tidak langsung nampak tanda-tanda untuk mengundur diri. Apapun, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada para pengundi di Kuala Terengganu kerana berjaya menghumbankan keegoaan anak Tun Razak itu.

Sekurang-kurangnya dengan kekalahan itu bukan sahaja boleh menutup mulut beliau, malahan juga telah menjatuhkan reputasi, imej serta maruah beliau dimata rakyat. Ternyata mereka semua tidak mahu mempunyai Perdana Menteri dan pemimpin seperti itu. Demi masa depan negara, selamatkan Malaysia dari Najib Razak dan mereka-mereka yang tidak layak menjadi pemimpin rakyat di bumi bertuah ini!!

http://pahangdaily.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.