beza penyokong pas dan bn di k.terengganu



SELEPAS lebih separuh tempoh perjalanan kempen pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu berjalan gambaran awal atau momentum sudah mula kelihatan tanda-tanda fizikal parti mana yang kuat dan parti mana yang ‘dak rok cetong’.


Malam tadi saya sempat membuat tinjauan ke hampir seluruh bandar raya Kuala Terengganu melihat perang poster kedua belah pihak. Suasana biasa yang berlaku dalam pilihan raya sudah menguasai bandar raya Kuala Terengganu.

Semua simpang dan sudut dipasang dengan poster calon, poster pemimpin masing-masing, papan tanda, kain rentang dan sepanduk kedua pihak. Walaupun Pas bukan parti kerajaan yang dikaitkan mendapat kemudahan kewangan dan menggunakan jentera kerajaan namun apa yang ditonjolkan menunjukkan Pas tidak terkalah.

Semangat melawan masih ada dan kuat pada Pas. Nampaknya Pas menanti retak Umno dan BN saja untuk diikuti.

Ini menunjukkan kejatian perjuangan penyokong Pas yang datang untuk membantu dan berkorban dan bukan datang untuk memperdagangkan ‘barangan’ lain ataupun datang untuk mencari rezeki tersepak di sepanjang pilihan raya berkenaan.

Berbeza dengan 'pelancong' pilihan raya di pihak BN mereka datang selain untuk meninjau pilihan raya tetapi turut sama mahu mempromosikan barangan dagangan mereka, yakni calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan agung Umno Mac depan.

Sehingga jam 2:30 malam tadi masih ada pekerja jentera pilihan raya Pas memasang poster dan mendirikan papan iklan di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

Dalam penyokong Pas masih galak bekerja, jentera Umno sudah lenyap atau suda lena tidur diulik mimpi. Inilah perbezaan yang ketara dari segi semangat dan gerak kerja antara kedua parti itu.

Rata-rata penyokong Pas yang ditemui atau terdengar perbiacraan mereka mengakui mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan Umno. Secara rendah diri mereka mengatakan mula mendapat kekuatan apabila berlaku swing atau peralihan angin pengundi Cina di kawasan bandar.

“Mulanya kita bimbang kepada pengundi Cina, tetapi alhamdulilah sambutan terhadap ceramah yang kita anjurkan mendapat sambutan mengejutkan, dan ini sangat melegakan kita,” begitulah komen seorang penyokong Pas yang datang khusus untuk membantu Pas sejak hari penamaan calon dulu.

Malam semalam katanya satu gelombang besar berlaku di kalangan pengundi Cina di tengah bandar raya Kuala Terengganu. Ceramah anjuran DAP dan PKR di Kampung Tiong mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan mengkagumkan, bila mana ada anak muda Cina membawa jabil (bekas) berlambangkan bulan untuk mengutip derma.

Seorang wartawan kanan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat fenomena itu memberi komen mengenai hal ini katanya kalau orang Cina sudah mencari wang untuk Pas ini sudah menjadi masalah besar kepada Umno.

“Jarang berlaku orang Cina secara terbuka membantu calon Pas, dan apa yang ditunjukkan ini satu kebenaran yang luar biasa,” tambahnya.

Sememangnya kegelabahan BN mengenai perubahan masyarakat Cina ini sesuatu yang tidak dapat disembunyikan. Misalnya pagi ini ada maklumat mengatakan ada arahan dilakukan oleh pihak tertentu agar menutup bilik gerakan DAP. Arahan itu khabarnya dari pejabat MB Terengganu.

Dalam pada itu jentera perang saraf Umno juga telah mengugut pengundi Cina terutamanya di kalangan pengundi muda yang memnberi ingatan supaya tidak mengundi Pas dan kalau mereka undi juga BN tahu. Hal ini didedahkan oleh pengundi muda Cina yang bimbang dengan ugutan itu dan beranya soal kerashaian undi.

Ugutan dan psywar ini menunjukkan BN mulai takut dengan perkembangan di kalangan pengundi Cina. Dalam pada itu kenapa masyarakat Cina mengubah pendirian mereka kerana tertarik dengan dasar pemerintahan Pakatan Rakyat yang ditunjukkan di Kelantan, Perak dan Selangor di mana dasar Pakatan Rakyat lebih terbuka dan adil kepada mereka.

Selain itu pengundi Cina juga dikatakan lebih rasional di mana mereka tidak pedulikan apa yang hendak dibawa oleh Pas dan BN. Yang penting bagi mereka parti mana yang boleh memberi sesuatu yang dapat mereka lihat dan rasakan segera.

Faktor inilah menyebabkan pengundi Cina Kuala Terengganu berubah angin. Ia juga ditambah dengan sikap pemimpin MCA dan Gerakan atau tokoh Cina lain yang dikatakan tidak serius dalam kempen dan seolah mereka mengambil sikap melepas lepas batuk ditangga saja mengenai pilihan raya berkenaan.

Hakikat kelemahan BN ini diakui sendiri oleh beberapa pembantu jentera pilihan rayanya yang datang dari luar. Seorang Ketua Umno Umno satu bahagian di Kelantan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kelembaban jentera wanita Umno pada pilihan raya itu.

Katanya wanita Umno semacam tidak mahu menerima khidmat dan bantuan luar bila mereka memandang dingin pada kedatangan rombongan wanita bahagiannya untuk membantu BN.
Keadaan itu menurutnya beliau membayangkan Umno Kuala Terengganu ada masalah di mana semua pihak nampaknya tidak sepadu antara satu sama lain.

Mungkin perebutan antara Ketuanya Rafidah Aziz dan Naibnya, Shahrizat Jalil menyumbangkan ke arah kelembaban itu. Rafidah khabarnya hanya menjelma seketika saja di Kuala Terengganu. Manakala Shahrizat pula tidak dapat berbuat lebih kerana tidak mendapat mandat daripada Rafidah.

Mengambil kira perbualan dan mendengar luahan itu semua maka jelas dari segi semangat dan keazamannya Pas berada di atas berbanding dengan Umno. Wahid Endut berada di nombor wahid. Bagaimana pun ini tidak boleh diambil kira sangat kerana ada yang mengatakan sikap menunjukkan kelemahan ini merupakan tektik BN untuk membunuh Pas dalam diam dan mereka akan mengeluarkan buah kilas di saat-saat akhir!

http://msomelayu.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.