BN Hilang Dua Timbalan Menteri Dalam Satu Kerusi Yang sama!
Allahuakbar!!! semua orang sudah tahu siapa Ahli Parlimen baru bagi Kuala Terengganu. YB.Mohd Abdul Wahid Endut akhir berjaya meruntuhkan keangkuhan Umno di Kuala Terengganu.
Uniknya, kerusi Kuala Terengganu ini telah mengorbankan dua Timbalan Menteri dalam satu penggal yang sama dimana pada Pilihanraya Umum lalu, Razali Ismail telah berjaya mengekal kerusi Kuala Terengganu untuk BN dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.
Namun beliau pergi menemui Allah pada tahun lalu hingga menyebabkan Kerusi Kuala Terengganu dipertandingkan semula dan calon penganti beliau juga adalah seorang Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Wan Ahmad Farid.
Namun Allah itu maha hebat dalam perangcangannya, BN hilang dua Timbalan Menteri dikerusi yang sama kepada PAS.
Kekalahan Umno ini sekaligus melontar keluar Wan Ahmad Farid dari senarai ahli kabinet Abdullah yang mana sebelum ini beliau gah dicanangkan akan dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sekiranya menang.
Ternyata apa yang dikejar tak dapat dan yang dikendong telah tercicir. Jawatan Senator dan Timbalan Menteri terlepas begitu sahaja lantaran mengejar peluang untuk menjadi Ahli Parlimen.
Ternyata Wan Ahmad Farid masih terlalu mentah untuk berlaga dengan Abdul Wahid yang telah sekian lama berbakti di Kuala Terengganu.
Sesungguhnya perjuangan yang diasaskan dengan iman dan Islam akan tetap menang disisi Allah.
Bagi pejuang PAS kemenangan di Kuala Terengganu adalah bonus kerana hakikat kemenangan itu sudah dinikmati sejak kami mula-mula berbaih untuk menjadi ahli Jamaah ini. Semoga Allah terus menaburkan rahmatnya atas perjuangan Jamaah ini.
Dengan termaktubnya keputusan yang memberikan kesan besar pada kabinet Barisan Nasional ini maka kini menjadi suatu tanggungjawab baru untuk Dollah Badawi memikirkan calon pengganti untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri yang telah hilang itu dan seorang lagi senator di Dewan Negara pada persidangan akan datang.
Sehubungan dengan itu juga, maka kerusi Kuala Terengganu yang tidak sampai setahun didudukkan dalam kumpulan BN kini sudah beralih ke dalam kem Pas-Pakatan Rakyat.
Maka persidangan akan datang akan menyaksikan seorang lagi Ahli Parlimen baru Pas bakal mengangkat sumpah sekaligus mengukuhkan lagi suara rakyat Terengganu di parlimen.
Tahniah buat YB kita yang menang, Tahniah buat para pimpinan, petugas dan penyokong dari seluruh negara. Paling penting adalah pengundi Kuala Terengganu yang memberikan mandat ini kepada PAS, sesungguhnya undi anda tempohari bukan sekadar untuk suara Kuala Terengganu, tapi itulah suara seluruh rakyat yang mahukan Barisan Nasional diruntuhkan segera!!!
http://dppwp.wordpress.com/2009/01/19/bn-hilang-dua-timbalan-menteri-dalam-satu-kerusi-yang-sama/
No comments
Post a Comment