bn sudah tersalah pilih...wat sembahyang sunat dulu macam tok guru tak?



" Sebaik saja Selesai majlis pengumuman nama calon PAS baru-baru ini, penulis sempat pekena teh tarik di sebuah hotel 3 bintang di Tebing Sungai Kuala Terengganu bersama kenalan lama penulis, seorang Veteran UMNO Pahang. Pertemuan secara tidak sengaja di 'coffee house' berkenaan membawa kepada perbualan hangat tentang PRK P.036 Kuala Terengganu.

Diringkaskan cerita, sewaktu hangat berbual, penulis sempat menghantar SMS kepada Dato' Fauzi Abd. Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang menanyakan status kenalan lama penulis itu. Apa yang mengejutkan ialah Dato' Fauzi beritahu, kenalan penulis itu kini adalah UTUSAN KHAS PAK LAH!

Penulis lebih berhati-hati bercakap soal politik dengan Utusan Pak Lah tadi...
Penulis cuba mencungkil sedikit rahsia pemilihan Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Apa jawapan beliau???

"Pak Lah telah tersalah pilih Wan Farid, saya cadangkan beliau gantikan saja dengan calon lain, tapi Pak Lah serba salah lahhh...", ujar beliau kesal.

Hari ini, penulis menatap sebuah akhbar mingguan politik tanah air dan terpacul tajuk: WAN FARID AKAN DIGANTI???... dan benarlah apa yang diperkatakan oleh kenalan lama penulis yang kini dah jadi Utusan Pak Lah beberapa hari yang lalu.

Memang Wan Farid bukanlah calon pilihan BN Terengganu, tetapi dek kerana politiking dalaman UMNO (untuk nak ambil hati Pak Lah) maka Najib Razak terpaksa umumkan juga nama beliau. BN/UMNO Terengganu juga dikatakan tidak merestui Wan Farid.

Sehingga kini, beliau masih GAGAL menambat hati rakyat marhaen kerana beliau adalah pemimpin elitis yang tidak berjiwa rakyat atau merakyat!!! Bagaimana beliau nak berkhidmat kepada rakyat???

Maka, laporan daripada pimpinan UMNO serta SB-SB telah sampai ke pengetahuan Pak Lah! Pak Lah wajar tukarkan saja calon BN! Demikianlah laporan daripada BN/UMNO Terengganu...

Namun, samada tukar atau dikekalkan calon BN, penulis yakin Calon PAS yang berjiwa rakyat pasti akan menang dengan majoriti yang agak besar...

No comments

Powered by Blogger.