buat blog boleh jadi leka?

KUCHING 21 Jan. - Semakin ramai yang berminat membuat blog peribadi tetapi tidak bagi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau langsung tidak berminat berbuat demikian meskipun terdapat kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya boleh dijawab menerusi blog tersebut.

Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.

Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.

''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.

''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mengakui ada mendengar mengenai penulisan blog di kalangan intelektual kaum Dayak yang mengkritik kerajaan.

Katanya, ia terpulang pada kepercayaan individu sama ada mereka setuju atau sebaliknya tetapi beliau mahu melaksanakan program yang terbaik untuk rakyat.utusan



pandai kawal la bro...yang hang dok lepak kat cafe...kelab dandut...macam-macam lagi la..tu tak leka ke?

No comments

Powered by Blogger.