dah tahu sapa pengkhianat agama bangsa dan negara?jeng..jeng

Umno dikatakam parti Melayu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Itulah yang dicanangnya siang dan malam untuk sekian lama. Kalau dulu, zaman baru merdeka.... ya, sungguh bagai dikata tetapi sekarang...... susah nak kata dan tak boleh percaya lagi!!!

Sekarang perjuangan UMNO penuh dengan tanda tanya. Mengapa? Tengok sajalah gelagat pemimpin UMNO, bila kita kaitkan dengan kuasa dan kedudukan serta wang. Hal demikian..... semua orang sedia maklum. Orang tertarik dengan UMNO hanya sebagai wadah untuk mencari peluang-peluang bagi mendapatkan kuasa, kedudukan dan yang paling utama kekayaaan. UMNO lubuk semua itu. Mereka jadikan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara sebagai topeng untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan kekayaan dunia.

UMNO, parti bangsa Melayu yang beragama Islam.. sekarang sudah menjadi parti pengkhianat kepada bangsa dan agama. DEB.... dasar yang sepatutnya memperbaiki kedudukan orang Melayu seluruhnya dan juga kaum-kaum lain di Malaysia telah disalahgunakan dan diperguna semahu-mahunya serta dimanupilasi untuk kepentingan dua tiga kerat Melayu sahaja yang sama satu species dengan mereka. Species yang lain daripada mereka, ternganga dan teraniaya. Sebenarnya secara langsung mau pun tak langsung, UMNOlah yang merampas hak-hak orang Melayu untuk kepentingan politik dan kesenangan mereka sendiri. Itulah khianat mereka kepada bangsa. Isu PPSMI..... khianat mereka kepada bahasa sendiri. Hudud.... contoh paling nyata khianat mereka kepada agama.

Malah yang lebih menyedihkan, mereka memperguna agama untuk kepentingan politik mereka. Merekalah yang menolak Hudud. Bukan saja menolak, tetapi, mempertikainya dan memberi gambaran buruk tentangnya kepada orang Melayu-Islam dan juga bukan Melayu dan bukan Islam. Tidak cukup dengan itu..... cabar-cabar pulak orang yang nak menegakkan hukum Allah itu.... hukum Tuhan mereka sendiri. Inilah kezaliman paling dahsyat yang UMNO telah lakukan terhadap agama mereka sendiri.....

Kalau DAP, MCA, MIC atau parti-parti bukan-Islam lain yang menolak hudud, kita boleh faham dan kita boleh terima kerana mereka tidak faham dan kurang jelas. Tetapi kalau UMNO, parti orang Melayu- Islam yang menolak..... fikirlah sendiri!!!

Dan sekarang, Anwar Ibrahim telah bertanya kepada UMNO satu soalan maut. Mengapa mereka menolak hudud dan memberi gambaran buruk kepada hudud unuk menakut-nakutkan orang bukan-Islam dan orang-orang Islam juga?? Kita tunggu jawapan dan reaksi daripada mereka. Rasanya isu Hudud yang mereka sendiri bangkitkan akan 'back fire' mereka pulak.

Pelik ya..... kalau masyarakat bukan-Islam sudah ada, yang dah mula faham dan boleh terima, walau pun belum semuanya....., tetapi Melayu-Islam dari species UMNO ni masih ketegaq dan degil!!! Mengapa ya??? Sekali lagi... quote kata Nabil... LU PIKIRLAH SENDIRI....!!!

Masih mahu bersama UMNO.....????

JOM PAKAT SOKONG PAS!!! TAKBIR!!!

3 comments

Atuk Banjar Masin said...

Mampukah PAS melaksanakan hukum Hudud?

Baru sound sikit aje pasal Hudud DAP dah naik sawan.

UMNO tak berani laksanakan Hudud kerana takut hilang sokongan kaum kafir.

Sekarang PAS pula nak laksanakan nya?

Minta maaf! Kaum kafir akan menentang nya sampai kiamat!

bungaraya said...

DEB. Siapa yang menghapuskannya di Pulau Pinang? UMNOkah atau Pakatan Rakyat dimana PAS salah satu rakan komponen? Ali Baba salah satu "keteresan: dalam pelaksanaan DEB. Siapa yang mengali-babakan kemudahan yang kita dapat? Rakyatkah atau pemimpin? Kalau orang melayu yang mengali-babakan, bukankah dalam PAS juga orang melayu?.
HUDUD. Betulkan UMNO berusaha untuk menolak Hudud? Tidak. UMNO tidak menolak Hudud. Cuma ketika ini hudud belum dapat dilaksanakan bukan kerana bukan islam tidak mahu kita berbuat demikian, tapi kerana orang islam sendiri belum bersedia.
Takkan kedua sebab ini UMNO merupakan pengkhianat bangsa? Bagaimana dengan anda. Saya rasa anda memiliki saham penjahanam bangsa kerana menulis tanpa bijaksana. Tulisan anda boleh menjadikan bangsa terhina. Bukan melayu terbahak-bahak membaca penulisan anda. Mereka ketawa sinis kerana inilah masanya mereka menekan kepimpinan melayu Malaysia.

bee-U-tea said...

Apabila ada satu pihak yg nak laksanakan tuntutan Islam, sentiasa ada pihak yg menentang dgn pelbagai alasan yg kononnya bijaksana dan kebangsaan, sedangkan kotak pemikiran mereka telah tepu dgn dakyah palsu sumbatan kaum kafir yg beroperasi melalui proksi-proksi.

Bagaimana umat nak bersedia menerima hudud kalau pemimpin tak nak cuba perkenal. Mungkin isu hudud takkan pernah timbul kalau tak ada pihak cuba menegakkan. Masalahnya bila ada pihak yg cuba nak tegakkan, kenapa tak bantu kalau betul UMNO tidak menentang hudud? Asyik cakap "umat islam sendiri belum sedia".. Sampai kiamat pun tak sedia kalau mcm ni. Cakap je pandai, itu ini, begitu begini. Banyak dalih

en. bungaraya, bukannya org terbahak-bahak membaca tulisan admin blog ni, tapi org terbahak-bahak membaca komen en.bungaraya, sbbnya dah berumur pun masih tak sedar-sedar kerana mabuk dengan candu UMNO!

kpd encik yg bernama gajah, memang perjuangan Islam mendapat tentangan org kafir sampai kiamat. Tapi adakah kerana terdapat penentangan maka perjuangan harus berhenti. Kalau tiada penentangan maka tidak dipanggil perjuangan. Tiadalah mujahadah.

Sifat asas setiap Muslim ialah mahu memperkenalkan Deenul-Islam kepada kaum yg masih kafir. Lihat sahaja PAS dgn agenda perjuangan menegak Islam yg hakiki, semakin hari semakin mendapat sokongan kaum bukan Islam. Tiada pula mereka tunjuk tanda-tanda takutkan hudud.

Allah yg cipta manusia, maka Allah jugalah yg tahu sistem perundangan yg paling sesuai utk seluruh manusia. Bukan sistem perundangan yg direka manusia. Segala sumber utk org Islam termasuk perundangan mestilah berasal dari:

1. Quran
2. Hadis & Sunnah Muhammad SAW
3. Ijmak dan Qias Ulama'

Selain dari 3 sumber perkara di atas, maka TIDAKLAH PATUT DIAMAL DAN DISOKONG oleh seorang yang mengucap Syahadah.

Masalah pemimpin kita hari ini ialah nak cuba membangun negara mengikut acuan barat. Islam tidak sekali-kali akan tertegak berasaskan acuan dan pemikiran barat yang cenderung pd kebatilan.

Kpd admin, teruskan usaha anda berkarya. jgn dihirau lolongan dan jerit pekik mereka yg menentang. Ingatlah kisah isra' Nabi kita yg cuba dilengahkan oleh suara-suara Yahudi+Nasoro. Itulah simbolik pada perjuangan kita umat Muhammad hari ini. Teruskan karya anda. Takbir!

Powered by Blogger.