gerakan pula gelabah!

(Bernama) -- Keputusan pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu semalam yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) tewas kepada calon PAS, membuktikan perubahan perlu dilakukan segera di dalam BN.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu menguatkan hujah untuk BN menjadi lebih kohesif dan menjadi pakatan pelbagai kaum yang lebih berkesan agar dapat terus mewakili dan berkhidmat untuk rakyat.

"Walaupun merasa kecewa, pemimpin BN perlu terus positif dan bergerak ke depan dengan melipatgandakan usaha untuk melaksanakan segala perubahan seperti yang telah dijanjikan kepada rakyat.

"Kita mesti terus fokus untuk membina semula perpaduan di kalangan rakyat semua kaum, mengurangkan beban ekonomi rakyat dan memberi jaminan kepada rakyat tentang komitmen kita dalam mewujudkan keadilan untuk semua," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pilihan raya itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.


pak lah kata rileks kamu tak dengar ke koh? rileks...tenang....pak lah tau dia buat apa.... tak pun kamu keluar BN je.....

No comments

Powered by Blogger.