Halatuju Ekonomi Negara Wajar Diperjelaskan


Saya resah sebaik meneliti lapuran terbaru dari Citigroup Global Market yang menunjukkan bahawa Malaysia, bermula pada suku keempat tahun 2008 atau pada suku pertama tahun 2009 akan mula mengalami kemelesetan teknikal.

Apa yang menghairankan, tatkala negara berdepan dengan prospek ekonomi sejagat yang malap, juga dengan pelbagai lapuran ekonomi dari pelbagai agensi kewangan antarabangsa serta pengakuan kerajaan Singapura bahawa mereka sudahpun dilanda kemelesetan teknikal, Kementerian Kewangan Malaysia masih lagi kekal untuk berada di dalam sindrom penafian!

Sikap sebegini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masih lagi menafikan bahawa kedudukan ekonomi kita kini berada di tahap yang tidak selesa buat rakyat.

Kementerian Kewangan sewajarnya telus di dalam hal ini, apatah lagi dengan Menteri Kewangan yang baru, halatuju pengurusan ekonomi negara semestinya jelas. Rakyat berhak untuk tahu apakah langkah-langkah yang berkesan bagi menangani kemelesetan ini.

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.