indahnya islam hadhari di mata pak lah



Dalam artikel yang lepas saya ada menulis yang saya bukannya anti hiburan tetapi saya bencikan cara perlaksanaannya. Untuk hari ini saya akan keluarkan 2 gambar yang saya sendiri terkejut melihatnya. Situasi di dalam gambar ini bukannya berlaku di luar negara tetapi sebaliknya ia berlaku di Malaysia yang dikatakan sebuah negara Islam ( Itu kata pemimpin UMNO yang jahil ). Kedua-dua keping gambar ini saya perolehi di dalam akhbar Kosmo yang bertarikh 2 Januari 2009 ( Jumaat ) pada muka surat 10.

Untuk maklumat, Gambar yang pertama lokasinya di Sunway Lagoon dan yang membuat saya terkejut cas yang dikenakan kepada seorang pengunjung untuk memasukinya ialah sebanyak RM 100.00 bagi membolehkan mereka berpesta ala pantai dan gambar yang kedua pula menunjukkan lokasi di Jalan Bukit Bintang dimana pengunjung memulakan pesta sembur buih..


http://silembiks.blogspot.com/2009/01/inilah-keseronakan-yang-barisan.html

Budaya barat yang begitu asing di kalangan masyarakat timur pada suatu ketika dahulu kini sudah menjadi amalan dan "perkara biasa" kepada baik muda mudi mahupun orang tua, tak kira berpendidikan atau buta huruf, yang jahil agama mahupun 'alim. Salah satu amalan tersebut ialah menzahirkan intimasi atau kemesraan luar biasa di antara pasangan lelaki dengan perempuan di mata umum sama ada mencium pipi, dahi atau berpelukan.



No comments

Powered by Blogger.