kemenangan berganda pakatan!
Pilihan raya kecil Kuala Terenganu membuktikan penolakan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin menjadi trend pemikiran rakyat, begitu lebih kurang kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika berbual melalu telefon dengannya beberapa jam tadi.
"PR menang di lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, selepas itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kini dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula.
"Hattrick kemenangan pilihan rayabukan lagi satu perkara yang kebetulan berlaku atau semata-mata membayangkan kemungkinan penolakan total terhadap BN, ia sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat," gitulah lebih kurang dia kata kat saya.
Salahuddin juga menyifatkan keyakinan rakyat bahawa masa BN sudah hampir tamat sebagai keyakinan umum atau popular belief yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Tu cerita Salahuddin. Di pihak saya, saya memang yakin sangat PAS menang di Kuala Terengganu. Tetapi, sebelum ni tak beranilah nak cakap besar. Saya dengar macam-macam kenyataan para pemimpin Umno yang siang-siang lagi menjangkakan Umno akan kalah dengan majoriti berjumlah beribu-ribu undi di Kuala Terengganu. Tetapi, saya tak siarkan dalam blog ini. Buat penaya kawan ja. Nanti sebab kenyataan tu pulak dia kena hamput dengan boss-boss dia dalam Umno.
Apa pun, saya rasa pandangan Salahuddin itu memang benar. Bukan sebab dia kawan minum teh saya di Restoran Thaqwa. G7 pun kawan minum teh saya jugak. Tukang bawak beg duit untuk jamu sana-sini menjelang pemilihan kepimpinan Umno Mac depan pun kawan saya jugak.
Memang, bukan sebab Salahuddin kawan saya. tetapi, kerana itulah yang saya dengar dan saksikan setiap hari dalam demonstrasi di meja-meja kedai kopi, di serambi masjid dan surau, di mana-manalah. Rakyat dah jelak dengan BN.
Adakah kita fikir para pemimpin BN tak tahu dan terus perasan serta syok sendiri? Tak, mereka tahu sebenarnya. Tetapi terpaksa buat-buat tak tahu. Habis, nak buat lagu mana lagi?!!
Tetapi, tahu tak tahu pun, penolakan terhadap BN dah jadi trend di kalangan rakyat. Beberapa hari sebelum pilihan raya Kuala Terengganu, saya memerhatikan dengan penuh minat undian-undian yang dianjurkan oleh media. Anda boleh baca berita bertajuk "Calon PAS dapat 58% sokongan kata poll Yahoo" dan "PAS menang besar di KLpos, Berita Harian, Mstar".
Ramai yang memperlecehkan undian yang dibuat oleh beberapa media itu sebagai mengarut. Saya sendiri pun tak berani nak pakai, takut berbeliak pula biji mata kemudian hari. Lagi pun, entah berapa canguk ja pengundi Kuala Terengganu yang mengambil bahagian dalam undian-undian itu.
Tetapi hakikatnya, undian-undian tersebut memberikan petunjuk mengenai trend pemikiran rakyat. Undian-undian tersebut memberikan petunjuk tentang popular belief bahawa BN dikepung dan distampede oleh kebencian mereka. Dan, trend itu dikristalkan dalam keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu (gambar-gambar ihsan Malaysian Indider dan The China Post).

Berkaitan:
PAS rampas kerusi Parlimen KT (Malaysiakini)
Malaysia govt loses key by-election (Reuters)
Malaysia's Islamists win key by-election (Gulf News)
Malaysia's opposition wins critical by-election (Times of India)
KT result 'spells trouble for Najib' (Malaysiakini)
BN has lost the plot (The Nut Graph)
An awful day for Najib and BN (Malaysian Insider)
Pengundi masih marah kepada BN (A Kadir Jasin)
After KT: Who's irrelevant now? (Ahirudin Attan)
Sebab kekalahan di KT: Calun, calun, dan calun (A Voice)
K. Terengganu - PAS wins, now for Pensiangan! (Reme Ahmad)
Najib as PM? Sorry no way! (Shiok Guy)
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/hattrick-trend.html
No comments
Post a Comment