KEMENANGAN RAKYAT TERBUKTI DI MAHKAMAH


Mahkamah rayuan pagi tadi memutuskan bahawa saya tidak bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu semasa kes perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwa raya, mahkamah membuat keputusan bahawa saya tidak bersalah dan cubaan peguam negara yang bertindak sebagai pendakwa raya gagal apabila rayuan supaya saya dipenjara 18 bulan ditolak oleh 3 orang hakim.

Keputusan ini juga membuktikan bahawa saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa fitnah dan sabotaj yang dijalankan oleh UMNO/BN yang cuba merosakkan imej dan kredibiliti saya.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi selepas penantian 10 tahun, akhirnya mahkamah telah membuktikan bahawa saya tidak bersalah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang banyak membantu saya dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.



Azmin Ali.

No comments

Powered by Blogger.