Kesal kenyataan Abdullah lemah terhadap Israel - Mohammad Sabu


"Kenyataanya terhadapan tindakan Israel membunuh penduduk Gaza itu terlalu lemah dan lembik!"
Iklan




Demikian pandangan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap kenyataan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah mempengerusikan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) sebelum ini terhadp kekejaman Israel terhadap Palestin.

Beliau melahirkan sempati dan kepiluan amat sangat apabila Israel 'meratah' hidup-hidup nyawa rakyat Palestin di Tebing Barat Gaza tetapi negara-negara Islam jiranya hanya duduk berdiam diri memeluk tubuh sahaja melihat bangsa seagama menajdi mangsa senjata Yahudi di depan mata.

Sehubungan itu, beliau menyatakan akan pergi ke Palestin selaku Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam Dunia bersama dengan NGO Islam negara-negara lain untuk melihat keadaan terkini dan bermesyuarat mencari jalan menghenti serangan keatas Gaza itu dalam masa terdekat ini.

"Mana dia OIC? Malah Abdullah juga mengeluarkan kenyataanya terhadapan tindakan Israel membunuh penduduk Gaza itu terlalu lemah dan lembik!" tegas ketika berceramah di Manong dekat sini semalam.

"Secara peribadi, saya menyeru Umat Islam marilah kita buat sembahayang munajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya didatangkan 'keajaiban' melindungi ke atas baki rakyat Gaza yang masih bernyawa dan melindungi berterusan dari serangan Yahudi di sana,"kata Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menyatakan akan pergi ke Palestin selaku Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam Dunia bersama dengan NGO Islam negara-negara lain untuk melihat keadaan terkini dan bermesyuarat mencari jalan menghenti serangan ke atas Gaza itu dalam masa terdekat ini.

No comments

Powered by Blogger.