kesian kat MP BN...lain kali dalam dewan pakat tidur tau..pak lah tak marah



KUALA LUMPUR 15 Jan. — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi ingatan kepada Anggota Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang suka mengeluarkan kenyataan berbaur seksis di dalam Dewan Rakyat bahawa mereka mungkin tidak dicalon semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Kerajaan memandang serius perkara ini dan tindakan tegas diperlukan untuk mengelak ia daripada berulang.

“Ini berupa peringatan tegas untuk mereka. Kalau tetap lakukan juga, masa depan mereka sebagai MP mungkin tergugat. Baik kita korbankan mereka daripada kalah,” katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berhubungan kenyataan berbaur seksis oleh MP dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.