ketakutan najib dan perangai bodoh najib!


Di Kuala Terenggau, sambutan para pengundi Cina kepada kempen-kempen supaya mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil 17 Januari kelihatan mengancam Barisan Nasional. Tidak cukup dengan itu, mereka dengan begitu pemurah menghulurkan derma kepada kempen-kempen untuk calon PAS.

Akhbar The Straits Times Singapura menyatakan, curahan derma kepada pembangkang ketika pilihan raya umum Mac tahun lalu adalah salah satu tanda tsunami politik yang menyapu Barisan Nasional (BN) dari penguasaan kuku besinya.

Gelisah dengan keadaan itu, bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa para pengundi agar tidak terpengaruh dengan mainan politik perkauman yang menjadi taktik pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil itu.

Pada masa yang sama, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Haji Mustapha Ali mendedahkan bahawa Biro Tatanegara (BTN) telah mengadakan program di SMKA Sheikh Abdul Malik dan mereka mengadakan satu sesi khas bersama guru-guru agama. Sesi khas itu, katanya, mengapi-pikan kebencian antara kaum dengan membangkitkan isu ketuanan Melayu.

Beliau juga membangkitkan tindakan penyokong Umno mengapi-apikan perkauman di kalangan orang-orang Melayu dengan mengedarkan risalah memburukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Antara lain, risalah itu menyatakan: "Tan Sri Khalid sanggup jual maruah bangsa Melayu, sanggup jadi 'barua' DAP. Haram jadah punya Khalid Ibrahim".

"Kita harap pengundi tidak termakan dengan tindakan ekstrem yang dilakukan pemimpin Umno untuk melaga-lagakan rakyat, kita nak perpaduan, nak harmoni tetapi memecahbelahkan masyarakat, bukan PR tapi BN, ni yang kita payah nak sampai pada perpaduan ini," kata Mustapha.

Tindakan-tindakan desperado Najib dan parti pimpinannya itu mungkin dicetuskan oleh kekecewaan yang lebih besar dari kemungkinan kehilangan sokongan para pengundi Cina di Kuala Terengganu. Sejak keputusan pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu lagi, para pemimpin Umno dan BN begitu berdarah hati dan mimpi mereka apabila parti yang mereka pimpin ditendang-terajang oleh undi kaum Cina dan India.

Umno terutamanya telah berusaha bersungguh-sungguh memberikan apa sahaja kepada kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina di negara ini. Sayangnya, segala pemberian dan habuan dari Umno itu ternyata tidak dihargai.

Sebelum menggelejat dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak memberikan hak milik tanah yang tempohnya menjadikan Umno angin satu badan kepada penduduk 349 kampung tersusun Melayu dan 134 kampung baru Cina di negeri itu, kerajaan BN sebelum itu telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati kaum Cina, antaranya dengan mengurniakan 20,000 ekar tanah di Lumut kepada tauke Cina.

Bukan di Perak sahaja, malah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan, 35,000 ekar tanah di Janda baik telah dikurniakan kepada tauke Cina.

Sebenarnya, bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu. Malah kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.

Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

Orang-orang Melayu Pulau Pinang pula ditelan 50 tahun peminggiran tersusun Umno-Gerakan, kata Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa. Ramai dari mereka yang terpaksa melarikan diri dari pembangunan Umno-Gerakan di Pulau Pinang ke kawasan-kawasan pendalaman di Kedah dan Perak.

Sepanjang pemerintahan BN, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan, kesan hakisan masyarakat Melayu sangat ketara sehingga secara statistik, masyarakat Melayu terhakis bukan sahaja dari segi jumlah penduduk Melayu malah dari segi aset tanah-tanah milik Melayu turut terhakis.

Perkara itu, menurut Teras, berlaku di kawasan orang Melayu di sekitar kawasan seperti Tanjung Tokong, Bayan Lepas, Jelutong, Batu Maung, Batu Uban, Bayan Baru, Sungai Nibong, Batu Feringghi, Balik Pulau dan Telok Kumbar.

Jumlah penduduk Melayu menguncup, malah kalau adapun tinggal di rumah-rumah kampung yang terhimpit di tengah-tengah pembangunan. Akibatnya, menurut Teras, orang Melayu 'dipaksa' dan 'terpaksa' meninggalkan tapak mereka.

Ahli setia Umno yang telah dipecat dari parti itu, Zaharin Mohd Yasin menyifatkan Umno tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang.

Tindakan Umno menyerahkan kuasa kepada kaum Cina dan bukan Melayu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang. Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini yang diluluskan oleh Parlimen pada 9 April 2003 menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberikan pertambahan kerusi kepada kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah, kecuali tambahan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Gua Musang dan di Jeli.

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Siapa berani kata SPR berani berbuat demikian tanpa restu para pemimpin Umno?

Sukar dilupakan bagaimana Datuk Ibrahim Ali pernah menceritakan bahawa sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat, ketua-ketua Umno bahagian akan diminta memberikan pendapat dan pandangan mereka.

Sebenarnya, penyerahan kuasa oleh Umno kepada bukan Melayu melalui kawasan pilihan raya telah bermula sedikit demi sedikit selepas merdeka. Contohnya, dalam pilihan raya umum 1990 sahaja, sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti pengundi Melayu diserahkan oleh Umno kepada saudara-maranya di dalam BN untuk ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu.

Jumlah itu termasuk 13 kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN, dan tidak termasuk kerusi-kerusi seumpama itu yang sudahpun ditandingi calon bukan Melayu dari BN sebelum itu. Di antara kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC dalam pilihan raya umum 1990 ialah Padang Serai (55.2 peratus Melayu), Alor Setar (54.8 peratus), Lipis (53.2 peratus), Pontian (52.2 peratus), Kapar (60.0 peratus), Ampang Jaya (68.5 peratus), Selandar (50.8 peratus) dan Telok Kemang (51.3 peratus).

Setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerusi Parlimen bertambah dari 194 kerusi kepada 219 kerusi. Dengan persempadanan semula itu, dari jumlah 219 kerusi Parlimen, cuma 119 kerusi sahaja Ahli Parlimen beragama Islam manakala selebihnya, iaitu 100 kerusi, diwakili Ahli Parlimen bukan Islam. BN menguasai 199 kerusi, 112 kerusi dianggotai oleh Ahli Parlimen beragama Islam manakala 87 lagi dikuasai oleh Ahli Parlimen BN bukan Islam. Maknanya Parlimen ke 11 lalu menyaksikan cuma 54.33 peratus Ahli Parlimen beragama Islam, manakala 45.66 peratus lagi bukan Islam.

Walaupun begitu besar sedekah ikhlas Umno kepada orang-orang bukan Melayu khususnya bangsa Cina, tetapi pemberian tersebut tidak dihargai. Pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu memperlihatkan bagaimana mereka memperlecehkan sedekah ikhlas Umno itu dan mengundi pembangkang.

Tidak tahan lagi menanggung kekecewaan kerana sedekah ikhlas tersebut tidak dihargai, ahli-ahli Umno dan beberapa pertubuhan tajaan Umno bangkit menunjuk perasaan dan menjerit-jerit bagaikan histeria kerana kehilangan kuasa Melayu (maksudnya kuasa Umno).

Berkaitan:
Pilihan raya umum ke 11 (Utusan Malaysia)
Pilihan raya umum ke 11 (Berita Harian)
Arkib Laman pilihan raya umum ke 11

No comments

Powered by Blogger.