Ketua AMK Terengganu Ditahan Polis

Menurut Buletinonline Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis pada jam 5.10 pagi, Isnin 5 Januari.
Perkembangan ini seolah-olah mengesahkan bahawa BN akan memperalatkan pasukan keselamatan untuk menentang PR. Mungkin penahanan ini sebagai gertakan kepada pemimpin dan penyokong PR agar tidak terus berkempen secara aktif.
Saya mengharapkan pihak BN tidak memperalatkan pasukan keselamatan. Biar BN menentang PR bukan Polis berlawan dengan PR. Kita bertanding secara professional, telus dan mengikut undang-undang.
Jelas sekali penahanan ini sebagai isyarat awal bahawa pihak-pihak tertentu akan bertindak ganas lebih-lebih lagi Polis akan menempatkan lebih dari 6,000 anggotanya di Kuala Terengganu. Atau juga Polis dipaksa untuk bersekongkol dengan BN dalam menghalalkan tindak tanduk jahat BN.

.............................................................................................................................................................................


POLIS sudah mula bertindak! Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu Fariz Musa bersama liam orang ahli skuad AMK Terengganu telah ditahan polis ketika menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto) melahirkan rasa kesal atas tinakan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasikan polis untuk mengekang kempen dilaksanakan Pakatan Rakyat membantu calonnya Abdul Wahid Endut.

Katanya dalam kenyataan yang diemailkan apakah tindakan itu satu tindakan akhir calon BN yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri menggunakan kuasanya mengarahkan polis untuk kepentingannya.

Menurut Shamsul beliau difahamkan apa yang menjadi isu penahanan itu kerana skuad AMK itu menampal poster Altantuya Sharribbuu yang mati dibom tidak lama dulu.

"Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?" tanya Shamsul.

AMK juga mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu?

Tambahnya, "seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas."

Sehubungan itu AMK mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

Shamsul juga berkata AMK ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak.

Beliau mengingatkan, rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.

mso

No comments

Powered by Blogger.