LANI CERITA BARU KAT K.GANU...ADA SESI CERITA-CERITA


BN menggunakan bekas ahli PAS dan PKR dalam usaha terbaru menyerang PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kira-kira 10 bekas ahli parti itu mengambil bahagian menceritakan keburukan PAS dalam satu program yang dinamakan "Masihkah Kau Ingat" di perkarangan pasar Chabang Tiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, malam tadi.

Difahamkan program tersebut digerakkan atas daya usaha bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi turut hadir dalam program yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu.

Bagaimanapun, penduduk tempatan mendakwa, ramai juga orang luar Terengganu hadir di majlis tersebut.

Mereka, dakwa penduduk lagi, adalah petugas-petugas BN yang datang membantu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menghadapi calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Bekas ketua penerangan PKR negeri Abu Bakar Abdul Ghani berkata, perjuangan PAS telah menyimpang jauh daripada asal.

Menurutnya, ia termasuk isu pembahagian kerusi pilihanraya dengan PKR di Terengganu.

"Tempat sedap baham (ambil) kepada dia (PAS) belaka... kawasan berat wi (beri) kepada PKR,” katanya, yang asalnya merupakan penyokong kuat PAS.

Abu Bakar berkata, sejak usia tujuh tahun beliau solat Jumaat di Masjid Rusila kerana orang PAS mendakwa tidak boleh bersolat di kampung sendiri kerana tidak sah.

Beliau juga mendakwa, jika orang sudah tahu kisah calon PAS, orang tidak akan mengundinya.

"Abdul Wahid tidak adil kepada PKR kerana tidak membenarkan calon parti itu bertanding dalam pilihanraya umum lalu di DUN Bandar," katanya.

Pak Rashid, bekas penyokong PAS pula mendakwa beliau sanggup mengkafirkan ibu bapa dan mertuanya kerana taksub kepada perjuangan PAS.

"Saya telah ditipu oleh PAS," katanya.



BROOOO....AND UNCLE.....BRAPA PAKCIK NAJIB BAYAR KAT HANG? ALA SEMUA ORANG TAHU HANG KENA BAYAR HAHAHA....CAKAP SAMPAI BERBUIH BOLEH KAH.....

No comments

Powered by Blogger.