malunya penyokong bn


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran menfikan laporan akhbar hari ini berhubung beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), apabila dikatakan dipaksa berbuat demikian kerana gagal menyempurnakan tugasnya.

"Tidak betul...laporan tersebut tidak betul sama sekali.

"Bagaimana mereka boleh lapor saya mahu letak jawatan sedangkan tempoh perkhidmatan saya sudah berakhir pada 31 Disember lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Laporan akhbar tersebut turut menyebut bahawa Kulasegaran akan mengumumkan perletakkan jawatannya hari ini dan keputusan tersebut didorong oleh 'permainan' politik dalaman DAP.

Tambah beliau ramalan yang dibuat seperti mana yang dilaporkan menerusi akhbar tersebut 'tidak tepat' kerana isu meletak jawatan dan keretakan dalam DAP langsung tidak timbul.

"DAP masih kaut dan bersatu, tak ada sebarang masalah besar yang timbul atau perselisihan faham dalam parti," katanya.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk meneruskan tugasnya jika ditawarkan semula memegang jawatan berkenaan, beliau menyerahkan perkara itu kepada parti dan kerajaan negeri.

"Ini bukan soal minat atau tidak, tapi biar parti yang tentukan apa yang terbaik.

"Apa yang saya tahu keputusan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan diketahui pada hujung bulan ini...jadi kita tunggulah," katanya.

Beliau berkata apa jua keputusan yang diputuskan parti nanti akan diterima dengan hati terbuka.


pagi tadi bukan main galak puak bn ni....sapa kata pakatan xmuafakat? hangpa jangan ikut sangan kata najib kesayangan hangpa tu

No comments

Powered by Blogger.